Showing posts with label Percutian Dalam Negara. Show all posts

Lalang’s Resort & Spa, Kelantan

Resort yang cantik di Kelantan Lokasi best bagi yang ingin bercuti bersama keluarga. Penginapan yang sangat menarik menanti korang dekat sini. Paling seronok sebab dekat dengan air terjun so boleh plan aktiviti ber-bbq di situ.






Learn more »

The Bentong Farm, Pahang

 






'Petting Zoo' di tanah dusun hanya 1 jam dari Kuala Lumpur !


Ini adalah tarikan terbaru di Bentong iaitu The Bentong Farm yang baru sahaja dibuka pada Oktober 2021.

Tempat baru untuk dikunjungi berdekatan dengan air terjun Chamang. Jika anda merancang ke arah pantai timur atau sekitar Janda Baik, Bukit Tinggi & Genting Highlands, boleh singgah ke The Bentong Farm.

Bawa anak-anak bermain dengan pelbagai jenis haiwan yang dijaga disini.
📍 The Bentong Farm, Lot 5239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700, Bentong, Pahang
Learn more »

“Staycation” di Lenggong Kuak Hill Resort , Perak






Salah satu tarikan “Staycation” di Lenggong adalah Kuak Hill Resort menyajikan keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak. Jika nak rasai ketenangan dan suasana atas bukit boleh cuba stay di sini



Anda boleh memilih untuk tinggal di chalet ataupun di dalam khemah jika menginap di sini .


Untuk tempahan boleh ke facebook Kuak Hill Resort atau ke laman web mereka www.kuakhillresort.com .



Kredit : Tourism Perak

Learn more »

CAMPER VAN RM25K? INI ALTERNATIF HARGA MARHAEN



Jika anda berselisih dengan van Ford Maxi 2.2L tahun 1990 ini di atas jalan raya atau ketika berhenti di lampu isyarat, kami jamin hangpa semua mesti tak dapat mengagak apa sudah jadi di dalam kabin van ini.

Pernah anda dengar skrip dalam cerita Senario, “Luar setinggan, dalam kondo”! Nahh… kami belanja anda semua, sebuah camper van old school dibikin 100% D.I.Y oleh Abang Jun.

Camper van RM25,000? Abang Jun buktikan memang boleh dibuat! Dengan semuanya dibikin sendiri oleh Abang Jun, beliau telah membelanjakan sekitar RM25,000 termasuk dengan harga van yang telah dibeli.

Ini lah cerita tentang kreativiti dan minat yang mendalam Abang Jun atau nama sebenar Zulkarnain bin Abd Aziz, anak jati Perlis.

Abang Jun kita ni memang terer! Dengan konsep minimalis, beliau bikin camper van ini 100% hasil tangan dan titik peluh sendiri di garaj kecil beliau dalam masa dua bulan.

“Saya memang minat nak bina satu camper van. Sebelum nak bina, saya dah buat kajian tentang kehidupan "campervanner", lebih kurang dua tahun lebih, dan kemudian baru berani untuk bina camper van sendiri” dan mencuba kehidupan berkonsepkan minimalis atau, hidup dengan keperluan asas sahaja dan menjadi "fulltime traveller" kata beliau.

“Kalau saya terjumpa dengan pelancong yang mengembara dengan camper van, saya mesti akan cuba korek seberapa banyak ilmu dan maklumat daripada mereka” tambah beliau.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dikumpul, akhirnya Abang Jun bertekad untuk merealisasikan impiannya untuk membina sebuah camper van.

Untuk pengetahuan, Abang Jun telah membeli van Ford Maxi tahun 1990 yang asalnya digunakan sebagai kenderaan mengangkut pekerja kilang semata-mata untuk diubahsuai menjadi camper van.

Fasiliti dalaman kabin

Bila masuk kedalam kabin, kami terpegun dengan kreativiti Abang Jun untuk menjadikan van old school ini menjadi sebuah rumah bergerak yang selesa.
 
Kabin camper van ini dilengkapi dengan ruang tempat duduk atau sofa yang boleh dilaras menjadi katil, almari baju, laci tempat simpan barang, meja makan dan tempat duduk, sinki air, dapur mini, dan awning di bahagian luar.



Antara material yang digunakan untuk interior dalaman adalah dari jenis kayu yang ringan dan berkualiti tinggi supaya dapat mengurangkan berat camper van ini.

Bukan itu sahaja, segala aksesori di dalam kabin juga boleh dibuka, dan dipasang semula jika perlu digunakan untuk mengangkut barang.




Ia turut dilengkapi dengan televisyen dan pemain DVD, pendingin hawa, wifi, dan“exhaust fan” pada siling kenderaan.



Yang menariknya, kenderaan ini turut menggunakan kuasa solar untuk menjana tenaga elektrik bagi menampung penggunaan televisyen dan sebagainya.

Tidak dilupakan, perkara terpenting iaitu dari segi aspek keselamatan. Camper van ini turut dilengkapi dengan dua set alat pemadam api, sistem elektrik yang lengkap dengan “switch cut off” dan fius-fius sekiranya berlaku litar pintas dan sebagainya.

Camper ini telah melalui proses pengubahsuaian sebanyak dua kali. Menurut Abang Jun, “setelah saya mengembara dengan camper van ini ke beberapa lokasi, baru saya belajar apakah fasiliti yang diperlukan mahupun yang tidak diperluan di dalam camper van”.

Dan kini, camper van ini mempunyai fasiliti yang sempurna dan sudah bersedia untuk mengembara ke mana sahaja.

Lokasi pengembaraan

“Kami dah pusing satu Malaysia. Jika Thailand, kami sudah pergi ke Phuket dan Koh Samui. Perjalanan kami bersama camper van ini dah lebih kurang 5,000 km” kata Abang Jun.

Selain itu, beliau turut mempunyai perancangan untuk jelajah Indo China bersama isteri.

Apabila ditanya apakah keseronokkan memiliki camper van ini, beliau berkata mengembara dengan rumah bergerak ini beri kami lebih kebebasan.

“Kami tak perlu fikir nak cari penginapan dan boleh masak sendiri. Bagi saya “The world is our backyard”, dan saya boleh pergi ke mana sahaja dengan kos yang minimum” kata beliau.

Cabaran yang dihadapi

Di sebalik keseronokkan memiliki dan mengubahsuai van ini, terdapat beberapa halangan dan cabaran yang ditempuh beliau dan pastinya pemilik-pemilik camper van lain di negara ini.

“Di Malaysia, sumber rujukan mengenai camper van sangat terhad. Jadi saya lebih banyak belajar dan mendapatkan maklumat dari internet” kata beliau.

Selain dari kekurangan sumber rujukan, beliau juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan aksesori bagi proses pembikinan camper van ini.

Jadi beliau terpaksa menempah barangan yang diperlukan dari luar negara atau beliau menggunakan sumber yang ada dan mengubahsuainya mengikut kreativiti dan kepeluan.

Antara cabaran yang ditekankan oleh beliau adalah penerimaan “sub-culture” camper van di negara ini.

“Jika di negara Eropah, kawasan pantai dan dalam hutan merupakan tempat yang biasa untuk camper van singgah”

“Tapi bila saya parkir van saya di tepi pantai ketika di Terengganu, akan ada saja mata-mata yang memandang meragui kewujudan kami, seperti kami ini penjanayah” kata beliau.

Perancangan masa hadapan

“Saya sedang mencuba untuk mencadangkan dan minta Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (PKNP) untuk beri kami lokasi di Timah Tasoh untuk dijadikan taman rekreasi khas untuk camper van atau RV Park”.

Kini beliau juga sedang merancang untuk mengadakan Jambori Camper Van di Fraser Hill bersama komuniti pemilik camper di Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk mengubahsuai van anda menjadi camper van, Abang Jun turut menawarkan servis ubahsuai mengikut citarasa dan juga bajet anda.

Lebih mampu milik untuk semua yang berminat. Maklumlah, nak beli sebuah camper van baharu harganya dah cecah seperti nak bayar sebuah banglo.

“Saya tawar servis ubahsuai ini kerana ramai orang nak mengembara dengan bajet yang lebih kecil, jadi kita boleh ubahsuai mengikut bajet dan permintaan” kata beliau.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Abang Jun di talian 017-4979960 atau Facebookhttps://www.facebook.com/zulkarnain.a.aziz.

Learn more »

Pilah Kontenastay Kuala Pilah Negeri Sembilan

Ingatkan di San Francisco, Amerika tapi rupanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sahaja. Trend Inggeris gitu.

Sangat lawa dengan pemandangan yang indah dan permai fullamak. Mula-mula  ingatkan di USA tapi sebenarnya di Kampung Parit Kuala Pilah. Hanya 5 minit dari Pekan Kuala Pilah.

Satu lagi lokasi pelancongan baru di Kuala Pilah. Ramai mat salleh mula datang sini sebab percutiannya ala-ala kampung suci dan nyaman jer rasa sesuai untuk mencari ketenangan.
Pilah Kontenastay.

Lokasi :
di 40, Batu 23 1/2, Kampung Parit
72000 Kuala Pilah Negeri Semiblan.

Sesiapa yang berminat nak bercuti-cuti ala Inggeris dalam dusun buah-buahan ditemani udara segar dan nyaman serta jauh dari hiruk pikuk kota bolehlah datang ke sini.

* Cuti berehat bersama family
* Honeymoon
* Celebrate Anniversary 
* Perjumpaan kaum kerabat
* Gathering kawan2
* Hari Raya 
* Transit
* Bed & Breakfast

Aktiviti:
*BBQ
*Berbasikal dalam kebun
*Makan buah (time musim yo)
*Makan/Tido/Lepak
*Temenung

Berminat bolehlah menghubungi :
Puan Itri Hanif : 012-275 6862 (Call/Whatsapp)
(Booking dahulu sebelum datang )











Sumber: Page Pakej Percutian

Learn more »

Hotel Di Kundasang Dengan Harga RM100 Sahaja

Masih ada hotel yang di bawah RM 100 semalaman di Kundasang. Ada balkoni lagi setiap bilik. Pilihan samada katil queen sahaja atau katil queen dan single bed. 
Tak percaya dengan bilik macam ini boleh dapat bawah RM 100. Suhu dalam bilik je cecah 15 darjah celcius sebab tu kipas dan air cond tak ada dalam bilik. Lebih sejuk dari aircond tau.
Tips : book awal dapat harga murah. Boleh book via agoda / traveloka /booking.com
Jom ke Kundasang!
Ayana Resort, Kundasang Sabah.
📞0146636636









Sumber: Page Dak Viral
Learn more »

Senarai Homestay di Kundasang Sabah

Tempat paling cantik, sejuk dan menarik di Malaysia yg ada penempatan ialah Sabah! Kundasang memang cukup cantik! Nak ini homestay disana! Selamat bercuti!

1. SINURAMBI HOMESTAY : 013-8832994, 013-8661615, 019-8615764, 1 bilik king dan single Rm200, 1 bilik king dan queen Rm250, 2 rumah (2 bilik) : Rm300 satu rumah.
Lokasi berdekatan jalan raya bertar kawasan landai naik bukit selepas D'IZZ HOMESTAY.
2. D'IZZ LODGE & HOMESTAY : 012-8669626
0128669616
0178019626
088889626
Family pakej 3bilik rm350
Deluxe Standard / Twin Superior RM150
Kemudahan:
Kedai runcit
Wifi
BbQ
Dewan
Kapasiti 80org
Karaoke
Katering
Transportation
3. KUNDASANG INN : 088-888097, 014-5526406, 014-6524020,
013-8689264, Bilik Rm100.
4. ZURAINI HOMESTAY : 013-8938356, 019-8952178, bilik harga dalam Rm120-190, Lokasinya naik sikit selepas D'IZZ HOMESTAY berdekatan jambatan.
5. AMULA HOMESTAY : 013-8706692, 012-8148898, 013-8935947, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN.
6. SURYATI HOMESTAY : 014-8557598, 014-8665551, 014-8573155, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN,
7. WALAI TOKOU HOMESTAY : 013-5539459, 019-8328680, lokasinya bersebelahan dengan KINABALU PINE RESORT dan tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, harga boleh tawar, (macam2 jenis bilik), bilik 3 katil sederhana Rm180, bilik 2 katil sederhana Rm90, bilik 1 katil besar dan tambahan bilik kecil untuk 1 katil bertingkat Rm90.
8. D'OLUNDUS VIEW : 014-2010070, 088-888824, lokasinya berhadapan gerai sayur di tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, 1 bilik Rm170, 1 rumah (2 bilik) RM340.
9. WALAI TOKOU HOMESTAY Julianah@Julia : 019-8718071, 010-7888071, lokasinya bersebelahan KINABALU PINE RESORT.
10. KINABALU PINE RESORT : 088-3867751, 088-389957.
11. U-MERLIN RESORT : 088-889366, 1 bilik Rm100, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.
12. FAIRY RESORT : 088-889688, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang,
13. SONNY VILLAGE : 088-888161, 088-889277, bilik single/double bed Rm120-180, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.
14. WAYN ZEN ROSE CABIN HOTEL : 088-889233, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.
15. MOUNTAIN REST HOUSE (budget hotel) : 016-8374060, 011-24258739, Dorm (2 katil bertingkat utk 4 orang) Rm20, harga bilik ada Rm60, 70, 80,.... lokasi berdekatan dengan National Park tepi jalan utam
16. Nagai Homestay No tel : 0128364888. 0198950665 / 0198413313. 1.8km dr pekan kundasang, jln ke SRK KUNDASANG.
1 rumah 5 bilik Rm350
1 Rumah 3 bilik rm250
1 bilik Rm75 - Rm120.
Kemudahan :-
1. Dapur
2. Astro
3.waterheater
4. Set karaoke.
5. BBQ
1. Onis Hmsty Kg.Mesilou (013-886 2474)
17. Dh Homestay. Kundasang lama. 0198933313
18. Debbies Homestay kg kundasang lama. 0198950665/0146579969
19. Ilmieza Stay ( kg muhibah)-014-5607983 -Azimie Kawasa
20. Cinta villa homestay mesilau - cvh (019-8610202) - Affendy
21. Wafa inap desa. ( 0138561751 )
22. Aura Homestay kundasang- 0138788065/0168446056
23. Zoraini Homestay.
Kg cinta Mata kundasang
0138938356/0178351781
24. UMIES HOMESTAY Kg Cinta Mata Kundasang 0146775311 & 0138115311
25. SERIBU1.HOMESTAY. KUNDASANG
0198319482.
26.Kopstay Walai Tokou Homestay Berhad.
0198426002..Sabrinah Sail.
27. Kundasang Greenhill Homestay.
01119576164/0195820394
28.KUNDASANG TWIN HOMESTAY
0198719670 / 0198608153
29. SINURAMBI Homestay
0138992994 / 0138832994
30. PUNCAK HOMESTAY 0198700616/0195388820
31. Famyle homestay kundasang 0138703117
32. Ning's homestay kundasang 0198990785
33. D'arsyha homestay kundasang.
Tel: 0135504032/ 0108785618
34. Saniom Homestay 0198093075
35. Satinah Homestay
0138724900
36. D Loquat Lodge
0138743935/0198312574
37.Jb Hidayah Inn
Call Juraidah 0132368539
37. *KINABALU HOMESTAY KUNDASANG*
0133723497 -WANIE
38.*Dahlan homestay*
Kg.cinta mata kundasang
*Room ..rm60-rm80
0138878442 (Dahlan)
39. *Teratak Indah Kundasang*
0146783074 (Marliana)
40. Pn. Sitilah 0143748169 Dahlia Homestay
41. Pn. Jainah 0138679193 Jainah Homestay
42.En. Sazilin 012- 230 6160 Jilinieja Homestay
43.En. Ginus +6013-859 7191 Qistina Inap Desa
44. En. Julaini +6017 866 5192 Julaini Homestay
45. En. Samsul +6019- 840 7065 Mid Village Homestay
46. En. Khairi +6010- 947 7878 Anjung Rehat Jamsari
47. Pn. Astilinah 016- 240 1588 CT Bayu Homestay
48. Pn. Ajiah +6019- 253 8810 Dahlan Homestay
49. Pn. Marlina +6014- 6783074 Teratak Indah Kundasang
50.Pn. Loziah +6019- 862 5806 / danial 0135541353 Big Rock Homestay
51. En. Ulul +6011- 3158 9859 Ulul Homestay
52. Pn. Esyanie +6017- 869 4775 Azeylla Homestay
53. Pn. Sitidah +6019- 802 0850 Muhibbah Homestay
54. Hello Kitty.Homestay
0128281110
55. Rama-rama Homestay 0135481199/ 01125141958
Fb: rama-rama homestay kundasang
56. KIRAM's Village
Kg Mesilau, Kundasang.
0166950057, 0138874236
57. ALPINE D'Bayu
0146720324
Kg Mesilao















Sumber: Viral D Viral
Learn more »

Nahara Kalumpang, Hulu Selangor

Tempat berkelah yang best di Selangor, The Nahara Kalumpang, tempat istirehat santai dan mandi manda bersama keluarga. Sesuai bawa keluarga dan kawan-kawan untuk family day, reunion dan lain2.
The Nahara Kalumpang

Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih
Kalumpang, Kerling
Hulu Selangor, Selangor












Sumber: Page Viral Oh Viral
Learn more »

Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Wajib Anda Pergi

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands.

Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands.Menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.

Jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands , 7 tempat ini wajib anda pergi.

1. Taman Rama-Rama Kea Farm
Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang.

Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti.

Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 5.30pm)
Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland.



2.MARDI Agrotechnology Park



Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands.
Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.

Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.

Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)


Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

3.Lata Iskandar

Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.

Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan.

Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

4.Pasar Malam Cameron Highlands

Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.

Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.

Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, "apple Cameron", jagung mutiara.

Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ya...
Kadang2 jagung tersebut dijual dengan harga murah... Tapi isinya muda dan kecil.



Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah - Setiap hari


Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

5. Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands.

Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.

Walaupun kawasanya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.

Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am)
Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)


Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.

6.Air Terjun Parit

Air Terjun Parit ini tersembunyi di dalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata.800 meter dari Hotel Pines Century.

Selain daripada bermandi di air terjun, pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau di sekitar air terjun.

Terdapat jalan-jalan kecil jika anda seorang yang meminat jungle trekking.

Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan.

Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.
Lokasi: Tanah Rata, Cameron Highland, 39000

7. Ladang Teh Boh

Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.

Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.
Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.

Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar.

Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.
Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh.

Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands



8. Kebun Anggur

Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley.

Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yg sesuai untuk datang @nak bergambar & petik anggur.





Kredit: Komuniti Cameron Highlands
Learn more »