Showing posts with label Tips Dan Panduan Percutian. Show all posts

Cara-Cara Menempah Slot Umrah Menggunakan Aplikasi

Sejak semua perkara perlu berurusan dengan ‘sistem’, kita perlu sentiasa faham dan cakna sistem yang digunakan di setiap negara.

Sekarang ni jemaah umrah dah runsing pula memikirkan aplikasi untuk umrah yang terbaru ini. Banyak juga soalan saya dapat macam mana nak daftar Tawakalna? Bagaimana nak booking slot umrah dan solat?
Oleh itu, saya tunjukkan langkah-langkah bagaimana nak download dan aktifkan dua aplikasi penting untuk jemaah umrah iaitu Tawakalna & Eatmarna.
Keduanya wajib ada kerana fungsi berlainan. Tetapi saling memerlukan. Kalau tak ada salah satu tak lengkap! Mesti install kedua-duanya ‘Ibarat Aur Dengan Tebing’.
Untuk pengetahuan, Arab Saudi merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem paling canggih dan advance! Sebab bila kita daftar di apps semua data dan maklumat akan dapat di trace. Termasuk muka kita sekali keluar di situ. Wajah saya masa mula-mula sampai Saudi pada 10 tahun yang lepas! Dengan kepenatan dan comot. Ya Rabb.. ku redhoo… itulah wajah di Iqamah. itulah wajah yang digunakan untuk semua urusan sebab sistem dah simpan gambar tersebut.
Urusan di Airport sangat mudah kerana semua maklumat sudah ada dalam sistem mereka.
Akan datang jemaah check di Airport pun akan thumb print di telefon sendiri sahaja. MashaAllah tabarakallah.
Saya kongsi cara mengaktifkan dua aplikasi penting untuk jemaah umrah iaitu Tawakalna dan Eatmarna. Caranya ada pada gambar di bawah

1) Dalam bulatan merupakan dua apps yang jemaah wajib ada. Download siap2 di Malaysia pun boleh. Tetapi untuk aktifkan app ini perlu guna nombor telefon Arab Saudi. Jadi, sampai sahaja di Airport Jeddah dapatkan simcard untuk aktifkan kedua-dua aplikasi ini.


2) Wajib aktifkan Tawakalna dahulu. Klik pada apps akan keluar macam ni. Terus ambil sign up dan isi maklumat.


3) Ambil bahagian visitor/gulf dan isi maklumat yang perlu. Selepas selesai isi, anda akan dapat verification number yang dihantar melalui sms. Ini penting! Sebab tu boleh guna nombor Saudi sahaja.

4) Bila masukkan verification number,  akan tertera seperti di bawah maknanya tahniah pendaftaran anda berjaya!

Jika perlu logout, untuk log in semula, verification number akan di hantar melalui sms.



5) Selepas selesai Tawakalna, jom kita daftar Eatmarna pula. Buka sahaja apps akan dapat lampiran begini. Tekan new user.


6) Keluar notice yang kena ada Tawakalna dahulu. Kita dah selesai tadi jadi terus sahaja klik proceed.


7) Lampiran ini sedikit mengelirukan. Untuk jemaah umrah ambil bahagian Eternal Mutamer dan lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti Passport, Nationality, Country Code guna code Saudi, Mobile Number pun masukkan nombor Saudi, Email dan enter password.

😎 Sama seperti Tawakalna, verification number juga akan dihantar melalui sms. Dapat sahaja terus masukkan dan selesai.


9) Jika keluar lampiran begini bermakna apps anda telah berjaya diaktifkan! Dah boleh booking solat di Masjidilharam, Umrah dan juga slot masuk Raudhah.




10) Ini contoh apply permit umrah. Tekan bahagian umrah, akan auto keluar nama kita dalam tulisan Arab. Tick pada nama dan klik continue.


11) Terus keluar tarikh dan masa slot umrah yang available. Tarikh yang warnanya gelap tu lah slot yang ada. Saya tekan tarikh hari ini akan keluar pula masa slot yang kosong. Pilihlah yang mana satu sesuai.
12) Dah pilih masa klik sahaja mana-mana assembly point. Ini untuk yang bawa kenderaan. Jika ke kawasan yang dinyatakan boleh ambil bas ke Masjidilharam. Jika tak perlu hanya klik sahaja pada mana-mana tempat. Tick juga pada bahagian obligation to see instructions itu. Lebih baik baca dahulu instructions yang disediakan.




13) Siap sudah permit umrah! Tunjukkan permit ini di setiap check point yang diperlukan. Screenshot siap2.


Selamat datang kepada semua tetamu Allah swt… Semoga mendapat Umrah mabrur.. aminn ya rabbalamin.




Sumber: FB Masnira Ramli
Learn more »

CAMPER VAN RM25K? INI ALTERNATIF HARGA MARHAEN



Jika anda berselisih dengan van Ford Maxi 2.2L tahun 1990 ini di atas jalan raya atau ketika berhenti di lampu isyarat, kami jamin hangpa semua mesti tak dapat mengagak apa sudah jadi di dalam kabin van ini.

Pernah anda dengar skrip dalam cerita Senario, “Luar setinggan, dalam kondo”! Nahh… kami belanja anda semua, sebuah camper van old school dibikin 100% D.I.Y oleh Abang Jun.

Camper van RM25,000? Abang Jun buktikan memang boleh dibuat! Dengan semuanya dibikin sendiri oleh Abang Jun, beliau telah membelanjakan sekitar RM25,000 termasuk dengan harga van yang telah dibeli.

Ini lah cerita tentang kreativiti dan minat yang mendalam Abang Jun atau nama sebenar Zulkarnain bin Abd Aziz, anak jati Perlis.

Abang Jun kita ni memang terer! Dengan konsep minimalis, beliau bikin camper van ini 100% hasil tangan dan titik peluh sendiri di garaj kecil beliau dalam masa dua bulan.

“Saya memang minat nak bina satu camper van. Sebelum nak bina, saya dah buat kajian tentang kehidupan "campervanner", lebih kurang dua tahun lebih, dan kemudian baru berani untuk bina camper van sendiri” dan mencuba kehidupan berkonsepkan minimalis atau, hidup dengan keperluan asas sahaja dan menjadi "fulltime traveller" kata beliau.

“Kalau saya terjumpa dengan pelancong yang mengembara dengan camper van, saya mesti akan cuba korek seberapa banyak ilmu dan maklumat daripada mereka” tambah beliau.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dikumpul, akhirnya Abang Jun bertekad untuk merealisasikan impiannya untuk membina sebuah camper van.

Untuk pengetahuan, Abang Jun telah membeli van Ford Maxi tahun 1990 yang asalnya digunakan sebagai kenderaan mengangkut pekerja kilang semata-mata untuk diubahsuai menjadi camper van.

Fasiliti dalaman kabin

Bila masuk kedalam kabin, kami terpegun dengan kreativiti Abang Jun untuk menjadikan van old school ini menjadi sebuah rumah bergerak yang selesa.
 
Kabin camper van ini dilengkapi dengan ruang tempat duduk atau sofa yang boleh dilaras menjadi katil, almari baju, laci tempat simpan barang, meja makan dan tempat duduk, sinki air, dapur mini, dan awning di bahagian luar.



Antara material yang digunakan untuk interior dalaman adalah dari jenis kayu yang ringan dan berkualiti tinggi supaya dapat mengurangkan berat camper van ini.

Bukan itu sahaja, segala aksesori di dalam kabin juga boleh dibuka, dan dipasang semula jika perlu digunakan untuk mengangkut barang.




Ia turut dilengkapi dengan televisyen dan pemain DVD, pendingin hawa, wifi, dan“exhaust fan” pada siling kenderaan.



Yang menariknya, kenderaan ini turut menggunakan kuasa solar untuk menjana tenaga elektrik bagi menampung penggunaan televisyen dan sebagainya.

Tidak dilupakan, perkara terpenting iaitu dari segi aspek keselamatan. Camper van ini turut dilengkapi dengan dua set alat pemadam api, sistem elektrik yang lengkap dengan “switch cut off” dan fius-fius sekiranya berlaku litar pintas dan sebagainya.

Camper ini telah melalui proses pengubahsuaian sebanyak dua kali. Menurut Abang Jun, “setelah saya mengembara dengan camper van ini ke beberapa lokasi, baru saya belajar apakah fasiliti yang diperlukan mahupun yang tidak diperluan di dalam camper van”.

Dan kini, camper van ini mempunyai fasiliti yang sempurna dan sudah bersedia untuk mengembara ke mana sahaja.

Lokasi pengembaraan

“Kami dah pusing satu Malaysia. Jika Thailand, kami sudah pergi ke Phuket dan Koh Samui. Perjalanan kami bersama camper van ini dah lebih kurang 5,000 km” kata Abang Jun.

Selain itu, beliau turut mempunyai perancangan untuk jelajah Indo China bersama isteri.

Apabila ditanya apakah keseronokkan memiliki camper van ini, beliau berkata mengembara dengan rumah bergerak ini beri kami lebih kebebasan.

“Kami tak perlu fikir nak cari penginapan dan boleh masak sendiri. Bagi saya “The world is our backyard”, dan saya boleh pergi ke mana sahaja dengan kos yang minimum” kata beliau.

Cabaran yang dihadapi

Di sebalik keseronokkan memiliki dan mengubahsuai van ini, terdapat beberapa halangan dan cabaran yang ditempuh beliau dan pastinya pemilik-pemilik camper van lain di negara ini.

“Di Malaysia, sumber rujukan mengenai camper van sangat terhad. Jadi saya lebih banyak belajar dan mendapatkan maklumat dari internet” kata beliau.

Selain dari kekurangan sumber rujukan, beliau juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan aksesori bagi proses pembikinan camper van ini.

Jadi beliau terpaksa menempah barangan yang diperlukan dari luar negara atau beliau menggunakan sumber yang ada dan mengubahsuainya mengikut kreativiti dan kepeluan.

Antara cabaran yang ditekankan oleh beliau adalah penerimaan “sub-culture” camper van di negara ini.

“Jika di negara Eropah, kawasan pantai dan dalam hutan merupakan tempat yang biasa untuk camper van singgah”

“Tapi bila saya parkir van saya di tepi pantai ketika di Terengganu, akan ada saja mata-mata yang memandang meragui kewujudan kami, seperti kami ini penjanayah” kata beliau.

Perancangan masa hadapan

“Saya sedang mencuba untuk mencadangkan dan minta Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (PKNP) untuk beri kami lokasi di Timah Tasoh untuk dijadikan taman rekreasi khas untuk camper van atau RV Park”.

Kini beliau juga sedang merancang untuk mengadakan Jambori Camper Van di Fraser Hill bersama komuniti pemilik camper di Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk mengubahsuai van anda menjadi camper van, Abang Jun turut menawarkan servis ubahsuai mengikut citarasa dan juga bajet anda.

Lebih mampu milik untuk semua yang berminat. Maklumlah, nak beli sebuah camper van baharu harganya dah cecah seperti nak bayar sebuah banglo.

“Saya tawar servis ubahsuai ini kerana ramai orang nak mengembara dengan bajet yang lebih kecil, jadi kita boleh ubahsuai mengikut bajet dan permintaan” kata beliau.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Abang Jun di talian 017-4979960 atau Facebookhttps://www.facebook.com/zulkarnain.a.aziz.

Learn more »

Win Free Trip

Bagi yang meminati trip percutian yang extreme dan penggemar sukan lasak boleh try join contest ni. Mungkin boleh jadi percutian happening abad ini dalam kehidupan anda..huhuhu





KLik url di bawah untuk join:


FREE TRIP



Cara untuk join seperti berikut:







Learn more »

“Dah Nampak Tali Gantung, Apa Pun Tak Guna,”- Lelaki Ini Beri ‘7 Nasihat Penting’ Buat ‘Kaki Travel’ Ketika Di Lapangan Terbang!!

19 Jan – Baru-baru ini telah tular dilaman sosial seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pihak Kastam Australia kerana menjumpai kotak berisi duit berjumlah AUD26 ribu.

Kotak itu didakwa dikirim oleh kakitangan agensi pelancongan yang beliau gunakan untuk ke Australia. Menurut staff berkenaan, di dalam kotak tersebut cuma ada keropok dan juga Milo yang dikatakan sukar didapati di Australia.
Perkara sebegini harus dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang suka melancong, terutamanya ke luar negara. Jangan sesekali menerima apa-apa bentuk bungkusan, kotak dan sebagainya untuk didaftarkan atas nama anda.
Seorang pengguna Facebook yang juga ‘backpaker’ bernama Mazlan Zonan, telah berkongsi beberapa nasihat kepada rakyat Malaysia khususnya kepada yang selalu berada di lapangan terbang.
Menurut beliau, ada beberapa isu yang pernah berlaku di lapangan terbang untuk dijadikan pengajaran buat pengembara tegar. Memang isu ini nampak kecil tetapi jika diambil mudah, mampu membawa anda ke tali gantung.
Gambar Hiasan
Mazlan juga menulis, jangan menerima apa-apa kiriman daripada orang lain terutama yang sudah siap dibungkus dan jika barang yang baru anda beli dinasihatkan agar bungkus sendiri untuk tidak timbulkan apa-apa masalah kelak.
Selain itu, jangan sesekali satukan beg anda dengan kawan yang baru dikenali melalui group travel. Lebih baik daftar masuk secara berasingan dan membayar lebih untuk itu asalkan anda selamat pergi dan pulang.
Tambah Mazlan lagi, jangan sesekali berani untuk memegang barang orang yang tak dikenali di lapangan terbang. Jika ada yang meminta anda pegangkan untuknya, minta sahaja dia meletakkannya di pondok polis atau kaunter-kaunter yang sepatutnya.
Isu travel agent yang di tuduh cuba seludup duit melalui client dia tu patut di jadikan pengajaran buat traveller-traveller yang selalu singgah di airport. Issue ini berat. Bukan isu kecil. Nasib baik duit kalau dadah?

Ade beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pon tak lalu bang.


Gambar Hiasan
1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya…apa lagi yang sudah siap di bungkus.. kalau barang2 baru yang di beli sebaiknya anda bungkus sendiri…supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control..
2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group2 travel.. biar la check in asing2 dan bayar lebih.. kita tak tau apa yang ade dalam bag kawan tu… kecuali travel buddies anda jenis boleh share spenda ngan anda ok la…
3. Jangan pernah biarkan begpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.. boleh membuatkan anda kehilangan nyawa… kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang2 terlarang di beg anda… kalau anda lepas beg anda akan di curi.. kalau anda xlepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir…
4. Jangan berbaik hati offer anda punya space luggage untuk orang2 yang overweight luggage yang berada di depan or di sebelah anda… kalau nak tolong die beri duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda… even telebih 1 2kilo jgn la bagi depa checkin beg bawah nama anda… kalau 1 2kilo tu semua ganja tak pasal2 masuk bawah akta 39B = mati
5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport… kalau ade orang mintak tolong suruh je dia letak dekat pondok polis,kaunter information atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda… walau yang mintak tolong tu maria ozawa sekali pon tolong la jangan pegang kan.


Foto: Mazlan Zonan
6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau…
7.jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pon takut di masukkan benda2 terlarang oleh sindiket2 tertentu…
Ada kisah benar, pasal seorang pemuda yang mana beliau sudah arwah di tali gantung.. semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa2 hendak masuk ke tandas (macam org cirit)dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke toilet, kurang dari 5minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcase itu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah kemana.
Ps:- cerita ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu, kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis..

Apa-apa hal, happy traveling guys. Stay safe. Jangan baik sgt, selfish bertempat. 
Learn more »

Tukar Tarikh Flight Online




Pernah anda beli tiket AirAsia tersalah tarikh? Atau ada hal lain terpaksa tunda tarikh penerbangan ke tarikh lain? Kalau selama ini tiket dibiarkan 'burn' begitu sahaja dan terpaksa beli tiket baru.

Tahu tak sebenarnya boleh tukar tarikh flight secara online di laman web AirAsia, dengan syarat bukan dalam masa 48 jam dan belum Check In.




1. Login ke akaun AirAsia. Klik Manage Booking.
2. Klik Edit Itinerary. Pilih Change/Upgrade Flight.
3. Tanda check box Change Travel Date dan tukar tarikh yang dimahukan. Klik Next.
4. Pilih penerbangan yang dikehendaki dan kilk Continue.
5. Skrin untuk beli makanan, seat, insuran dan sebagainya. Klik Next sehingga ke laman Bayaran.
6. Booking asal dan amaun yang perlu dibayar akan dipaparkan.
7. Rebiu dan confirmkan penerbangan korang.
8. Buat bayaran.

Kalau dibiarkan tiket burn dan beli tiket baru memang rugi. Kalau tengok contoh gambar, pada flight tiket 23hb harga tiket RM260.06. Bila dah tukar tarikh penerbangan cuma tambah rm139.62 jer. Tiket balik sebelum ni harga RM189.00 dah tak burn macam tu je..



Sumber: LIMAKODI
Learn more »

Malindo Air B737-900 Business Class Review

Penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur KLIA


Airlines Caunter
Penerbangan ini pada aku bertaraf biasa. Permohonan tiket secara online berjalan lancar tiada stuck. Cuma staff di kaunter penerbangan amatlah kurang mesra terutama bagi penerbangan business class mereka harus mesra jika dibandingkan penerbangan lain selain Malindo mereka mempunyai kaunter khas untuk business class

Kertas boarding pass  look cheap.

Lounge
Lounge menyewa ruang plaza premium. Hanya tiga menu sahaja ditawarkan dengan nasi lemak sambal agak kurang menarik, mee kolok dan laksa sarawak. Orange juice taste like tab water. Kurang pilihan minuman soda begitu juga pilihan untuk teh dan kopi. Kelajuan internet bagus dan seat pun ok. Kakitangan ramah dan mesra.

Balai Pelepasan
Balai pelepasan segalanya baik no delay. Announcement clear. Ada papan priority for business class.

On Board
Untuk seat kerusinya agak panjang dan sangat selesa. Cuma mereka kekurangan fungsi kerusi elektronik. Boleh diconsider agak outdated technologies but it's still fine.


Minuman seperti jus mempunyai banyak pilihan. Majalah disediakan juga bagus untuk dibaca...

Pelbagai pilihan makanan dan minuman yang sedap. Terdapat empat pilihan makanan di atas kapal. Beberapa pilihan minuman seperti soda dan minuman teh serta kopi. Presentation kulinari pun sangat mengagumkan. 




Kualiti skrin IFE hebat. Tapi pilihan entertainment  teruk dan kurang menarik. 

Agak kurang menarik uniform yang dipakai cabin crew. Nampak macam "maid". Seragam tersebut tidak sesuai untuk peringkat International for my opnion. Mereka perlu perbaiki, menukar gaya rambut. Cabin crew semuanya ramah but body gesture like a low cost crew.

Pengalaman kabin: ia adalah amat baik bagi penerbangan ini untuk saya dan ianya ambience. Rasa seronok dengan persekitaran mereka. 

Proses tuntutan baggage dan luggage laju dan cepat.

Pengalaman keseluruhan sangat bagus. Pelbagai pengalaman tak dapat dilupakan terutamanya pilihan makanan dan minuman yang enak.

Saranan: it is really recommended to fly with Malindo Air for Business Class. Ia boleh dikatakan yang terbaik untuk business class for local airlines


Sumber: FB Oren Katique

Learn more »

Bayar ECONOMY CLASS Tapi FLY BUSINESS CLASS.. Nak Tahu Macam Mana?

Ramai di antara kita yang tau brand Airlines seperti Air Asia dan MAS sahaja kan? (Tak semua, tetapi bilangan tu ramai). Malah yang sedihnya, ada yang rasa Air Asia tu jauh lagi murah, walau kadang2 airlines lain boleh beat the price dengan luggage 20-30kg, makan minum disediakan dan entertainment on board for free!




Jadi tanpa berceloteh panjang, saya mahu share cara bagaimana jika  fly dgn Airlines lain (full service airlines) dengan harapan untuk free upgrade or pay less for business class cabin. 


Saya pernah diupgrade untuk beberapa Airlines lebih 10 kali sepanjang hidup saya. Dengan membayar ticket economy, tapi saya mampu merasa business class cabin.



Situation Upgrade:
1) Upgrade melalui online service. Boleh surf to this website www.optiontown.com. Dengan website ini, kita boleh upgrade ticket economy to business class ticket dengan bayaran yg minimum. Jika dahulu, MAS ada join UTO, tapi sekarang hanya beberapa Airlines sahaja seperti Vietnam Airlines, Air Asia dan sebagainya. Saya pernah tambah RM110 untuk merasa business class MAS. Jimat, sangat kann?




2) Upgrade using frequent traveller cards such as Enrich, Skyward, Qmiles, Royal Skies etc hanya tolak point
3) Request dengan check in counter. Untuk teknik ini, di sini dikongsi beberapa tips:
a) pakai macam ala-ala businessman
b) confident untuk request
c) mention you're frequent traveller
d) request untuk flight yg tak banyak orang

 dalam business class cabin contoh; 
-MAS ke London waktu pagi 
-Emirates ke Dubai waktu pagi

4) Jika tak lepas request di kaunter, boleh request dalam kabin dengan Senior Flight Officer (SFO) atau Ketua Pramugari. Ada yang berbayar, tapi please request for free. Teknik ini kene guna PR skills yang tinggi dan confident level 100%.
5) Kalau kenal dengan pilot, boleh minta terus dengan pilot… Hahahha… Ini yg paling ‘wink’.
So, benefit utk business class:
a) luggage lebih 10kg
b) priority baggage claim
c) priority immigration clearance




Kalau PR level tahap si kancil, boleh je beli direct dari website. Selalunya tak mahal… Pernah ticket business MAS ke Bangkok dan Phuket lagi murah dari economy. Begitu juga Royal Jordaniaan.






Qatar pula selalu buat promo buy 1 free 1. 
Selalu usha Web Airlines. Saya penah dapat promo. Closing route Qatar Singapore-Jakarta and opening route Singapore-Bali dengan harga lagi murah dari economy Singapore Airlines.




Sumber: FB Oren Katique
Learn more »