Solo Trip Ke Siem Reap Dengan Bajet Bawah RM500

Saya akan kongsikan pengalaman saya sebagai backpacker secara solo ke Siem Reap, Combodia dengan bajet  bawah RM500 selama 3 malam. Bagi saya ini bukanlah bajet termurah pun kerana budget dan kos bergantung kepada perbelanjaan individu sendiri. Sebab setiap orang style tak sama. Ada suka cara mewah, ada suka sederhana, dan ada suka travel secara agak saving sampai ikat perut. Dan ada juga org suka travel selama 1 malam dan ada juga backpacker suka travel lebih lama untuk explore semua tempat. Jadi kos ni bergantung pada individu. Kos ni bergantung pada lifestyle, tempoh, penginapan, makanan, dan dan lain-lain. Bagi saya RM500 cukup untuk travel secara sederhana.

Pengalaman sebagai backpacker solo, dulu tak biasa travel juga start travel 3 tahun lepas. Saya plan dengan group tapi macam biasa semuanya cancel jadi saya belasah je pergi secara solo. Jadi lepas satu pengalaman saya belajar banyak benda. Pada pendapat saya travel tak susah cuma yang penting wang, perancangan, keyakinan dan keberaniaan yang cukup. 

Saya nak  bercerita sedikit mengenai negara Cambodia. Combodia bukan negara favorite saya secara jujur. Sebab minat tiap orang berbeza-beza kerana saya lebih prefer kepada pembangunan seperti Hong Kong, Shanghai, Tokyo dan sebagainya. Jadi selepas tengok semua negara maju saya ingin tengok Angkor Wat. Jadi itulah tujuan saya pergi ke Cambodia.  Cambodia ni bukanlah negara maju untuk berseronok macam Thailand. Maybe for some sebaliknya bila kita travel ke Combodia ni kita boleh belajar banyak tentang erti kehidupan dan mengerti bersyukur dgn apa yang ada. Kadang kita mendongak dan kurang bersyukur kerana kita lihat negara2 maju seperti UK, USA, Australia jauh lebih maju dari kita. Tapi pernah tak kita pernah berfikir banyak je negara-negara yang jauh lebih miskin dr kita.  Apa yang boleh saya katakan masyarakat di Cambodia sangat2 susah majoriti mereka tak mampu makan KFC dalam sebulan skli sedangkan kita mampu makan 3 kali sehari cuma nak taknak je. Lifestyle di Cambodia ni sama macam Malaysia pada tahun 1960s. Mereka masih mundur.

Muslim di Combodia ni agak terpinggir  dan boleh dikatakan sangat2 miskin sama mcm kaum Ugyur di China terpinggir. Kalau lihat muslim di Cambodia boleh menitiskan air mata. Cambodia banyak mengajar rasa bersyukur  dgn apa yang ada sebab di luar sana ramai lagi yang hidup lebih susah. Selain itu kos living di Cambodia sgt mahal berbanding pendapatan org tempatan bayangkan KFC dia lg mahal dr KFC kita. Sedangkan kt Thailand, China, dan negara-negara Asia lain harga tak jauh beza dgn Malaysia even sewa basikal pun sampai USD5 sedangkan di Thailand USD5 boleh sewa skuter.




Tujuan saya ke Cambodia mahu tengok Angkor Wat saja. Angkor Wat ni sangat menarik dan boleh buatkan kita terfikir bagaimana sebuah kerajaan yang maju tetiba jadi miskin balik contoh Combodia, Egypt, Iran, Iraq, Mongolia dan Greece dan sebagainya. Kalau dilihat sejarah suatu ketika dahulu Combodia ini maju. Peradaban Angkor Wat dengan keluasan dan seni dia kita faham kemungkinan ia sebuah kerajaan yang sangat maju dan bertamadun. Hasil seni mereka unik. Lagi satu cuaca di Angkor Wat sanga panas. Saya recommend sebelum pergi bawak bekal makanan kering ditambah cuaca di sana panas.  Saya bawa makanan utk 4 hari kerana risau susah mencari makanan yang halal. Minuman beli awal di mall kerana harga di Angkor Wat dalam 1 usd hingga 2 usd.



Kos perjalanan selama 4 hari 3 malam

Total bajet secara ringkas

1. Flight Return: RM120 (Promo)

2. Guest House: RM90 (3 Nights)

*** Guest House Ni offer free breakfast, Free Airport Pickup, Free Wifi, Free Bicycle and Queen Bed (Bilik untuk 2 orang tapi saya pergi solo sebab saya tidak selesa tingal di hostel sebab lebih privacy)





3. Foods: RM100
*** Saya Bawak banyak makanan dari Malaysia untuk jimat lunch time. Hanya makan KFC time malam sambil lepak di Pub Street.

4. Ticket Angkor Wat: RM160
*** Dulu Harga Nya USD20 je sekarang naik USD37.









5. Basikal: FOC
(Guest House sediakan, just guna jer. Lagipun Angkor Wat dari situ 3km je. Dan Pub Street pun 3km je. Jadi tidak jadi masalah bagi saya.

6- Transport Kat Malaysia LRT + LCCT Bus = RM25


GRAND TOTAL : RM495

Itinery Secara Ringkas :-

First Day:
6.30am: LRT + Bas Kl Sentral- LCCT 
12.00pm : Arrive Siem Reap
12.30pm: Arrive Guest House
1.00pm to 8.00pm: Pusing kawasan bandar dan tengok suasana sekeliling kenali masyarakat di sana dan kehidupan mereka 
9.00pm: Sembang dengan reception Guest House cerita tentang Cambodia. Dia juga cerita dia manager kt Guest House, ada Master Degree gaji dia USD400 je.

2nd Day:
9.00am- 7.00pm: Pergi cari tiket Angkor Wat. USD37. Sangat mahal tapi apa nak buat. Ikutkn harga ni blh pergi USS kt Singapore.
11.00am: Sampai ke Angkor Wat dan apa lagi pusing-pusing. First round untuk belajar dan nikmati tentang seni bina Angkor Wat dan dengar cerita dari seorang kawan dari UK tentang Angkor Wat ni. 2nd round untuk selfie hihi. Balik2 dah tak larat kerana sehari suntuk berjalan dan berdiri. Kalau boleh minuman tu beli awal dari kedai di area hostel. Di Ankor Wat coke kecik je USD1 dengan cuaca yang panas kena minum 5-6 botol.
9.00pm: Pub Street. Singah KFC untuk makan set dalam USD4.

3rd Day:
11.00am hingga 11.00pm: Saya hanya pusing bandar yang lebih jauh dengan kayuh basikal. Penat tu penat tapi rasa berbaloi sebab boleh lihat satu bandar Siem Reap.  Lps dah habis misi pusing bandar pergi pulak ke Pub Street, tempt meriah kt Siem reap ni.... kt seam reap takda banyak tmpt.jadi best juga lpk ni mlm2. agak meriah juga ala Bukit Bintang di malaysia versi Combodia la. Banyak je kedai2 makanna kt sini. nak makan apa, western, arabic, indian, kfc dan mcm2 mknn ada kt situ. tp hrga faham2 la usd10-15 kt kdai arab huhu. tu dh kira murah dh tu kt situ. kt situ slain kdai mknn ada juga pub pub, supermarket, cultural street dan mcm2 entertainment ada lg. tp kt Pub Street banyak pengemis...mintk mknn. Dan boleh di katakan Combodia ni pnh dgn backpacker mat salleh berbanding dgn Asian...Asian ni ada tp krg berbanding mat salleh... Kali ni saya makan kfc 3 kali set biasa USD 2.50 x 3....

4th Day:
7.00am: gerak ke Airport
12.00pm: Sampai Di LCCT
2.00pm: Sampai Rumah. Mmg pnt sgt bkn krn jalan tp psl panas haha....



Akhir skli nak gtau, Banyak juga belajar dari trip ni lebih kpd psl value of life dan erti syukur dan juga sejarah. dan juga hasil bini diorg. Boleh sedarkn kita juga sekaya mana kita, dgn kehendak Allah boleh jatuh juga kita. Xda yg kekal. Bagi saya berbaloi la pergi tempat2 cmni. jangan asik travel ngara maju je.  Bukan apa. kdg2 belajar la utk tgk org lbh ssh dr kita supaya kita terbuka mata yg apa yg kita ada tu dh ckup. Dan trus bersyukur kpd Allah dgn apa yg kita miliki. Jangan complaint sgt. Cuma berusaha dan syukur sll.. Sbb manusia tak akan puas wlpn dh jd jutawan. 

3 comments:

  1. Apa nama guesthouse tempat awk stay tu?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya KFC sana Halal ke..

    ReplyDelete
  3. Salam pelancongan semua,kami Company NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Siem Reap.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dihidangkan juga enak.
    Sekiranya berminat, mahu ke Siem Reap. Hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.Terima kasih kepada tuan blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    ReplyDelete