Cara-Cara Menempah Slot Umrah Menggunakan Aplikasi

Sejak semua perkara perlu berurusan dengan ‘sistem’, kita perlu sentiasa faham dan cakna sistem yang digunakan di setiap negara.

Sekarang ni jemaah umrah dah runsing pula memikirkan aplikasi untuk umrah yang terbaru ini. Banyak juga soalan saya dapat macam mana nak daftar Tawakalna? Bagaimana nak booking slot umrah dan solat?
Oleh itu, saya tunjukkan langkah-langkah bagaimana nak download dan aktifkan dua aplikasi penting untuk jemaah umrah iaitu Tawakalna & Eatmarna.
Keduanya wajib ada kerana fungsi berlainan. Tetapi saling memerlukan. Kalau tak ada salah satu tak lengkap! Mesti install kedua-duanya ‘Ibarat Aur Dengan Tebing’.
Untuk pengetahuan, Arab Saudi merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem paling canggih dan advance! Sebab bila kita daftar di apps semua data dan maklumat akan dapat di trace. Termasuk muka kita sekali keluar di situ. Wajah saya masa mula-mula sampai Saudi pada 10 tahun yang lepas! Dengan kepenatan dan comot. Ya Rabb.. ku redhoo… itulah wajah di Iqamah. itulah wajah yang digunakan untuk semua urusan sebab sistem dah simpan gambar tersebut.
Urusan di Airport sangat mudah kerana semua maklumat sudah ada dalam sistem mereka.
Akan datang jemaah check di Airport pun akan thumb print di telefon sendiri sahaja. MashaAllah tabarakallah.
Saya kongsi cara mengaktifkan dua aplikasi penting untuk jemaah umrah iaitu Tawakalna dan Eatmarna. Caranya ada pada gambar di bawah

1) Dalam bulatan merupakan dua apps yang jemaah wajib ada. Download siap2 di Malaysia pun boleh. Tetapi untuk aktifkan app ini perlu guna nombor telefon Arab Saudi. Jadi, sampai sahaja di Airport Jeddah dapatkan simcard untuk aktifkan kedua-dua aplikasi ini.


2) Wajib aktifkan Tawakalna dahulu. Klik pada apps akan keluar macam ni. Terus ambil sign up dan isi maklumat.


3) Ambil bahagian visitor/gulf dan isi maklumat yang perlu. Selepas selesai isi, anda akan dapat verification number yang dihantar melalui sms. Ini penting! Sebab tu boleh guna nombor Saudi sahaja.

4) Bila masukkan verification number,  akan tertera seperti di bawah maknanya tahniah pendaftaran anda berjaya!

Jika perlu logout, untuk log in semula, verification number akan di hantar melalui sms.



5) Selepas selesai Tawakalna, jom kita daftar Eatmarna pula. Buka sahaja apps akan dapat lampiran begini. Tekan new user.


6) Keluar notice yang kena ada Tawakalna dahulu. Kita dah selesai tadi jadi terus sahaja klik proceed.


7) Lampiran ini sedikit mengelirukan. Untuk jemaah umrah ambil bahagian Eternal Mutamer dan lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti Passport, Nationality, Country Code guna code Saudi, Mobile Number pun masukkan nombor Saudi, Email dan enter password.

😎 Sama seperti Tawakalna, verification number juga akan dihantar melalui sms. Dapat sahaja terus masukkan dan selesai.


9) Jika keluar lampiran begini bermakna apps anda telah berjaya diaktifkan! Dah boleh booking solat di Masjidilharam, Umrah dan juga slot masuk Raudhah.




10) Ini contoh apply permit umrah. Tekan bahagian umrah, akan auto keluar nama kita dalam tulisan Arab. Tick pada nama dan klik continue.


11) Terus keluar tarikh dan masa slot umrah yang available. Tarikh yang warnanya gelap tu lah slot yang ada. Saya tekan tarikh hari ini akan keluar pula masa slot yang kosong. Pilihlah yang mana satu sesuai.
12) Dah pilih masa klik sahaja mana-mana assembly point. Ini untuk yang bawa kenderaan. Jika ke kawasan yang dinyatakan boleh ambil bas ke Masjidilharam. Jika tak perlu hanya klik sahaja pada mana-mana tempat. Tick juga pada bahagian obligation to see instructions itu. Lebih baik baca dahulu instructions yang disediakan.




13) Siap sudah permit umrah! Tunjukkan permit ini di setiap check point yang diperlukan. Screenshot siap2.


Selamat datang kepada semua tetamu Allah swt… Semoga mendapat Umrah mabrur.. aminn ya rabbalamin.




Sumber: FB Masnira Ramli

0 comments: