Pengalaman Mendaftar Slot Umrah






Apabila slot umrah perlu di tempah dahulu melalui aplikasi, satu kekurangannya adalah ada kemungkinan masuk Makkah tanpa dapat slot umrah.

Begitulah kisahnya dengan kakak ipar saya. Ada yang bertanya haritu. Kenapa masuk Makkah tak buat umrah terus? Ini lah dia apabila berurusan dengan sistem. Oleh kerana beliau perlu sampai Saudi dahulu, dapatkan simcard Saudi, baru lah boleh daftar di aplikasi dengan nombor visa.
Oh ya, ini bagi pemegang visa ziarah keluarga. Untuk visa umrah dan pelancong ada juga perbezaan sedikit dari segi sistem. Paling baik jika anda nak datang umrah sekarang adalah terus masuk Madinah dahulu.
Berikutan jadual kerja suami dan jadual sekolah anak-anak, alhamdulillah dapat juga kami temankan kakak selesaikan umrah beliau malam tadi. Syaratnya kami perlu ke Miqat Qarnul Manazil. Selepas ini baru lah miqat di Tanaim sahaja.
Alang-alang perlu miqat di Qarnul Manazil, kami keluar awal sedikit. Jalan-jalan di Souq yang berdekatan dengan Masjid Abdullah Ibn Abbas yang terletak di Taif.
MashaAllah seronok sekali melihat souq ‘pasar’ yang mula hidup selepas waktu asar pada hari Jumaat! Kami solat asar di Masjid Abdullah Ibn Abbas dan kemudian terus berjalan-jalan di souq tersebut.
Kemudian, kami ke restoran yang tidak jauh dari souq, makan dan terus ke Miqat Qarnul Manazil. Jaraknya dengan Makkah lebih kurang 90km! Selalunya ke Taif melalui jalan Al Hada tidaklah terasa jauh. Hanya 40minit memandu sahaja.
Alhamdulillah sampai rumah jam 8 malam. Membersihkan diri dan bersiap ke Masjidilharam… slot umrah jam 9 - 11 malam……

Alhamdulillah,selamat niat umrah di Miqat Qarnul Manazil. Sampai rumah membersihkan diri dan bersiap-siap ke Masjidilharam untuk melaksanakan ibadah umrah.
Slot umrah jam 9-12 malam. Jam 9.30 malam kami dapat masuk melaksanakan ibadah tawaf kemudian Saie.
Saya, Rania dan Kak Liya sahaja yang buat umrah. Suami menjaga anak-anak bawah umur yang tak boleh masuk masjid di rumah sahaja. ‘Girls night out’ lah ni

Kebetulan Rania baru sahaja selesai 2nd dose vaksin bulan lepas. Ini juga merupakan umrah pertama Rania selepas permit umrah dibuka untuk kanak-kanak berumur 12 ke atas. Alhamdulillah.
Berbunga-bunga hatinya apabila penantian selama 2 tahun untuk masuk Masjidilharam terlaksana.
Malam minggu jemaah agak ramai. Namun, perjalanan umrah kami lancar dan dipermudahkan.. alhamdulillah.. selesai juga umrah untuk kakak ipar yang baru sampai dari Malaysia minggu lepas.
Selesai agak lewat malam. Kami bertiga pulang ke rumah dengan menaiki teksi sahaja! Tidak mahu susahkan suami yang sudah kepenatan seharian dan esok pagi (hari ini) beliau perlu bekerja. Anak-anak juga pasti sudah pena diulit mimpi.


Sumber: FB Masnira Ramli

0 comments: