Bolehkah Kanak-kanak Datang Umrah Di Musim Pandemic?





Dari bulan lepas saya dapat soalan yang sama dari beberapa orang. Semua saya kiv untuk jawab kerana saya sendiri tidak berapa jelas dengan prosedur umrah terbaru. Berubah dan berbeza mengikut jenis visa. Risau betul kalau salah bagi informasi.
Mengikut pembacaan saya, jika menggunakan visa pelancong kanak-kanak boleh ikut serta ibu bapa. Namun, saya menunggu lagi. Mungkin ada percanggahan prosedur dari negara kita yang tidak benarkan kanak-kanak bawah 18 tahun keluar negara.
Alhamdulillah, baru-baru ini adalah Jemaah yang datang umrah secara DIY berjaya masuk 1 keluarga termasuk anak-anaknya. Barulah saya lebih yakin untuk membuat perkongsian ini. Dah terbukti boleh!
Ok, ini syarat-syarat yang anda perlu lengkapkan jika mahu membawa anak-anak datang umrah Sekarang. Syarat-syarat ini mungkin bertukar dari semasa ke semasa.
1) Menggunakan visa pelancong
Boleh memohon di website ini. www.visitsaudi.com
kanak-kanak diletakkan dibawah dependent parent.
2) PCR test.
Kanak-kanak berumur 8 tahun ke bawah tidak perlu PCR untuk masuk ke negara Arab Saudi. Untuk berumur 8 tahun dan ke atas wajib PCR. Sebaliknya, jika ingin pulang ke Malaysia nanti, semua kanak-kanak wajib untuk membuat PCR. Negara kita wajibkan semua buat PCR sebelum masuk.
3) Vaksin
Kanak-kanak 12 tahun ke atas perlu ada sijil vaksin. Sebaliknya untuk 12 tahun ke bawah, ibu-bapa wajib lengkap dose vaksin.
Ibu bapa pula perlu melengkapkan beberapa syarat ini:
1) Visa pelancong
2) Sijil vaksin
3) PCR result negative
4) Daftarkan status vaksin di website ini, https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home
5) Print semua dan bawa ke airport.
Tambahan :
1) Bagi sesiapa yang mengambil vaksin Sinovac perlu mendapatkan booster terlebih dahulu. Tambahan dose dari vaksin Pfitzer atau Astrazenecca. Baru layak untuk memohon visa ke Arab Saudi.
2) Pastikan download aplikasi Eatmarna dan Tawakalna. Saya dah kongsi sebelum ini. Link status tersebut saya letak di ruangan komen ya.
3) Kanak-kanak bawah 12 tahun TIDAK BOLEH masuk ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Mereka boleh berada di bahagian luar sahaja. Namun, untuk masuk hotel dan jalan-jalan di kawasan lain tidak ada masalah asalkan status Tawaklna parent ímmune’

BERBALOIKAH BAWA ANAK-ANAK DATANG UMRAH SEKARANG?

Jika tanya pendapat saya, tidak berbaloi jika anak itu sudah faham tentang ibadah umrah dan baligh (umrah wajib) kerana mereka tidak dapat melakukan ibadah umrah. Solat Jemaah di dalam Masjidilharam dan Masjid Nabawi pun tidak boleh buat masa sekarang.
Namun, jika anak tersebut masih bayi atau bawah 5 tahun, boleh dipertimbangkan cuma ibu bapa perlu bergilir untuk membuat ibadah umrah dan solat Jemaah di masjid. Perlu beringat, risiko untuk dijangkiti wabak itu sentiasa ada selagi kita masih di dalam fasa ini. Sentiasa beringat dan jaga SOP walaupun kita tengok keadaan dah macam tak ada apa-apa..macam dah normal. Risiko dijangkiti sentiasa ada.
Perlu juga merancang sebaiknya. Contohnya jika dijangkiti apakah Langkah terbaik kerana kalian akan dikuarantine 2 minggu di Saudi jika dijangkiti wabak. Dan insurans hanya cover pesakit sahaja. Perbelanjaan emergency mestilah cukup sebelum membuat keputusan datang.
Saya sangat selesa menyarankan supaya kalian datang dengan travel agensi untuk yang pertama kali nak datang umrah, tiada pengalaman sebelum ini. Itu lebih baik. Bagi yang dah biasa datang dan maklum dengan semua prosedur barulah datang secara DIY.
Apapun, moga perjalanan kalian dipermudahkan… dilancarkan semuanya dan dihindari dari sebarang kesulitan.. amin..
Ahlan semua tetamu ALLAH!
Oh ya, kalau nak explore tempat lain di dalam negara Arab Saudi. Boleh lah dapatkan buku Travelog Bumi Saudi untuk rujukan. Saya dah kongsi apa yang menarik untuk kalian.


symber: FB Masnira Ramli

0 comments: