Restoren Golek Suasana Kampung, Gombak, Selangor

Teringin menjamu selera menu ala kampung dengan suasana ala kampung? Pilihan ruang makan di sebuah rumah tradisional Melaka, pondok, anjung, grand ballroom lobi, calet dan rumah pokok? Boleh la ke Restoran Golek-Golek Suasana Kampung.

Bukan sahaja menawarkan pemandangan mendamaikan malah sajian yang disediakan juga pasti mengubat kerinduan masakan emak di kampung terutama bagi mereka yang gemarkan makanan pedas.

Menu gulai lemak cili udang galah, ikan bakar sambal petai, sotong bakar sambal, gulai lemak ikan keli salai, sotong mentega goreng telur masin, lala kam heong, ketam masak cili, sambal terung ikan masin dan sayur bakar sambal (bendi, kacang botol dan petai) antara sajian yang dihidangkan di sini.

Restoran Golek Golek
Lokasi: Lot 2074, Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Kilometer 10, Kampung Gombak Tambahan, Gombak
Tempahan/Hubungi: 016-2269140 / 017-4070007










Sumber: LIMAKODI

0 comments: