Tukar Tarikh Flight Online




Pernah anda beli tiket AirAsia tersalah tarikh? Atau ada hal lain terpaksa tunda tarikh penerbangan ke tarikh lain? Kalau selama ini tiket dibiarkan 'burn' begitu sahaja dan terpaksa beli tiket baru.

Tahu tak sebenarnya boleh tukar tarikh flight secara online di laman web AirAsia, dengan syarat bukan dalam masa 48 jam dan belum Check In.




1. Login ke akaun AirAsia. Klik Manage Booking.
2. Klik Edit Itinerary. Pilih Change/Upgrade Flight.
3. Tanda check box Change Travel Date dan tukar tarikh yang dimahukan. Klik Next.
4. Pilih penerbangan yang dikehendaki dan kilk Continue.
5. Skrin untuk beli makanan, seat, insuran dan sebagainya. Klik Next sehingga ke laman Bayaran.
6. Booking asal dan amaun yang perlu dibayar akan dipaparkan.
7. Rebiu dan confirmkan penerbangan korang.
8. Buat bayaran.

Kalau dibiarkan tiket burn dan beli tiket baru memang rugi. Kalau tengok contoh gambar, pada flight tiket 23hb harga tiket RM260.06. Bila dah tukar tarikh penerbangan cuma tambah rm139.62 jer. Tiket balik sebelum ni harga RM189.00 dah tak burn macam tu je..



Sumber: LIMAKODI

0 comments: