4Hari 3Malam Di Krabi


RM300 untuk semua, kecuali makan & souvenir.

1. Transportation.
- Kalau dari KL, ada direct bas ke sempadan rasanya dalam RM45. Dari situ boleh cari agent pergi ke Hatyai atau direct pergi Krabi. Kenapa kena pergi Hatyai? Sebab kat situ main port diorang nak tukar van. Kalau direct Krabi sekalipun diorang berhenti dekat Hatyai jugak. Price dalam RM30-RM40.

tip: dari KL ke Border dalam 6-7 jam.
tip: boleh jugak ambik bas pergi Penang RM40, then ambik van. At least boleh jalan-jalan dulu dekat Penang dulu

- Kalau dari Penang, boleh beli tiket kat Komtar, ada agent nama Newsia. Van pergi balik RM120. Sehala RM60. Bagi aku baik beli return sebab dia akan ambik kat hotel pagi2 (kalau stay kat Krabi Town). Van bertolak 5:30 am & 8:30 am. Tapi aku suggest pergi 5:30 am, sampai Hatyai 8 am camtu, boleh naik terus van awal-awal. Sampai Krabi Town dalam 2 pm.

tip: boleh book van kat easybook.com, taip Penang - Krabi.
tip: Penang ke Krabi total 8 jam.
tip: agent akan tanya mahu berhenti dekat mana, sila cakap Krabi Town (walaupun mahu stay kat Aonang) please, kalau tidak dia charge lebih RM100 seorang.
tip: Thailand lewat sejam dari Malaysia.
tip: letak RM1 dalam passport masa dekat border.
tip: aku tak beli simcard, Thailand kaya wifi.
tip: please try ayam pulut kat border 40 baht.
tip: Krabi Town senang cari makanan halal.
tip: Sampai dekat agent Krabi Town, mohon cakap bebaik dengan dia cakap taknak package dia (dia sangat suka mendesak). Tolak sebaik mungkin sampai dapat tiket van balik  (Aku takdak kesabaran, setiap kali pergi mesti aku babai kat situ 


2. Accommodation
- Selalu aku book kat booking.com area Krabi Town. Sebab situ convenience baq ang. Kalau kat Aonang mahai hotel dia. Ikut bajet la. Average per night per person RM30.

tip: aku suka dok kat Andaman Legacy.
tip: Good Dream hostel semalam RM20 tapi agak bising sebab depan dia pub. Cara booking just email and walk-in sahaja.

3. Trip
- Sampai hotel, sewa motor sehari 200 baht (RM20+-). Kena tinggal passport dekat diorang. Nak naik Tuktuk pun boleh tapi harga pergi jer sama macam sewa motor. Nak bajet kan? Haha.

- Kat hotel diorang provide map kat kita, rempit dalam 45 minit sudah sampai Aonang (main place kat Krabi). Ada ja tempat2 menarik, pandai2 la belek peta. 

- Kat Aonang tu boleh la beli souvenir ke book trip segala bagai. Beli untuk esok punya. Paling femes 7 Islands Sunset 700 baht (RM75 +-), Phi Phi Island 1,000 baht (RM100+-) dan 4 Islands Hoping 600 baht (RM60+-). Semua trip termasuk makan 1 kali dan transport return ke hotel. Kat sini dah save.

tip: please don't miss sunset Aonang!
tip: beli trip kat sorang pompuan Pattani ni, murah!
tip: jangan balik hotel lewat dari 9 pm, jalan sejuk namati.
tip: please try banana pancake nutella 60baht!
tip: jangan makan kat Aonang, mahal!
- Esok tu hantar motor, ambik passport, tunggu van trip ampa mai kutip, enjoy.
tip: Jumaat, Sabtu & Ahad ada pasar malam. Balik trip please singgah!


4. Home
- Van kutip kita jam 7 am direct pergi Hatyai. Sampai Hatyai dalam 12:30 pm. Boleh pilih sama ada nak naik van terus atau 3:30 pm / 5:30 pm. Kalau aku ambik 3:30 pm. Jenjalan Hatyai dulu baru balik. Naik tuktuk pergi mall ke, floating market ke. Sampai Penang nanti jam 8 pm. Pastu? BALIKKK!

tip: tuktuk pergi mall 20 baht.
Pecuniary:-
Transport RM120 (return)
Hotel RM60 (2 nights)
Bike rent RM20 (1 day)
Trip RM100+-
Total: RM300+-
Tak termasuk makan dan souvenir.

tip: kalau stay 4 hari 3 malam, boleh ambik trip pi Emerald Pool & Elephant riding 700 baht (RM70). Then tambah hotel 1 malam RM30.

Total 4 hari 3 malam RM400+- tak termasuk makan dan souvenir

1 comment:

  1. Good sharing.. tengah cuba2 riki gak nak kesana

    www.cikza.com

    ReplyDelete