6 Tips Elak Overweight Luggage

Selalu bila travel mesti rasa nak bawa jer semua barang kan? Jom baca tips ni kalau tak nak kena extra charge.

1. Lightweight luggage.
Ini benda paling penting. Masa awal-awal anda pilih luggage dulu, pastikan luggage tu lightweight atau extra lightweight dan kualiti bagus. Test satu-satu, bandingkan satu-satu sebelum anda bayar. Sebab, luggage yang ringan ni semacam pelaburan. Anda spent a little more for a good quality and lightweight luggage (one-off expense), tapi anda akan jimat bila kemas barang untuk travel nanti (boleh guna berkali-kali sampai beg rosak). Pastikan beli yang paling ringan yang anda boleh dapati dari kedai beg yang anda pergi. Elakkan beli online sebab anda tak boleh angkat pun beg tu. Kalau beli di kedai, boleh cuba angkat satu-satu dan buat perbandingan. Mana lagi ringan, grab that one.
Kalaulah terlebih muatan, nak buat macam mana?

2. Pek barang dengan bijak.
Berapa banyak baju nak bawa? Berapa banyak bekalan makanan nak bawa? Plan betul-betul. Jika travel pada waktu summer, berapa pasang nak bawa? Jika travel waktu winter berapa pasang nak bawa. Lainlah jika anda Rozita Che Wan yang nak melaram bergambar dengan macam-macam fashion baju. Bawa tiga pasang baju pun dah cukup untuk seminggu. 1 untuk pakai, 1 untuk standby, 1 untuk dibasuh. Kasut cukup bawa sepasang yang paling selesa. Stokin tak apalah kalau 4,5 pasang pun sebab lain kaki, lain standard busuknya. Nasib baik kaki saya ni jenis baik, stokin pakai seminggu pun tak busuk lagi.
Pakai pakaian paling berat, jangan masukkan dalam luggage. Contohnya, jika anda ada jaket kulit (jaket kulit habibon saya beratnya hampir 3 kg). Jadi, jangan masukkan dlm beg sebaliknya pakai masa di airport. Biarlah panas pun, asalkan tak kena caj.:Selain jaket kulit, jaket bulu dan seluar jeans pun agak berat juga. Jadi, mana yang berat tu, pakai terus. Begitu juga dengan winter jacket/coat. Anda dah jimat cikai-cikai pun 3 kg jika pakai jeans + jaket kulit. Jika ada boot kulit pun, pakai juga. Lagi jimat.

3. Check in awal.
Orang pesan kat saya ni. Bila kaunter check in tu baru buka, staff tu belum bad mood lagi. Jadi dalam mood dia baik-baik tu, boleh lah dia pertimbangkan kalau setakat 2,3 kg. Saya ingat, pernah sekali saya check in awal di airport Orlando (flight Delta), beg saya lebih muatan tapi entah kenapa staff tu cuma senyum dan tanya sikit-sikit, pastu dia tampal stiker (extra weight) tapi tak caj apa-apa pun. Mungkin sebab check in awal kot. Yang paling penting, kita sendiri ni kena cool dan chillex, jangan gelabah dan jangan buat muka bersalah. Buat muka kesian tak apa.

4. Berlakon seolah-olah hand-carry cabin bag anda tidak berat.
Selalunya airlines ada had antara 7 kg hingga 10 kg bagi hand carry luggage/bag. Tak semestinya tip ni berguna, tapi berbaloi dicuba. Masukkan benda-benda paling berat dan bersaiz kecil dalam hand carry bag. Contohnya, kalaulah anda masa travel tu anda ada shopping set sudu ke, set pinggan mangkuk Corelle/Karaca je, kan satu set tu walaupun sekotak tak berapa besar pun, hakikatnya berat sebab solid metal ataupun seramik. Tapi pastikan pisau atau garfu tak masuk dalam hand-carry okay. Dan untung-untung, dorang tak timbang hand carry. Lagipun, selalunya hand carry ni jarang dorang timbang, selalunya dorang kira saiz je. Yang penting, acting like your hand-carry bag is not heavy.

5. Sumbat dalam poket seluar atau jaket jika muat.
Powerbank/bateri laptop/compact camera/lensa kamera dan seumpamanya tu, kalau muat boleh je sumbat dalam poket seluar/jaket. Berat anda tidak ditimbang, yang mana duk dalam poket pun tak ditimbang. Yang ditimbang ialah berat beg anda.

6. Bawa portable scale bila travel.
Ini boleh bantu anda plan packing dengan lebih bijak. Benda ni kecil dan ringan je, lebih kurang saiz stapler. Boleh beli di Lazada atau mana-mana kedai yang jual barang melancong.



Sumber: Cuti-cuti Malaysia Original

0 comments: