8 Tips Booking Hotel Murah

Cara mendapatkan bilik hotel dengan harga yang murah? Jom baca tips ini.

1. Direct Booking/ Walk-in.

Booking online tak semestinya murah! Anda perlu tahu bahawa website ini juga mencari keuntungan melalui servis yang ditawarkan. Anda boleh terus menghubungi hotel untuk bertanyakan harga.

2. Mencari dan membandingkan harga hotel melalui aplikasi Skyscanner.
Setiap hotel ada menawarkan pelbagai harga mengikut promosi dan spesifikasi bilik. Aplikasi Skyscanner adalah medium terbaik untuk membandingkan harga hotel dari berbagai situs penjualan online di dunia.
Pergi ke laman Skyscanner Hotel, pilih destinasi, tarikh, serta jumlah orang dan bilik yang anda inginkan. Selepas selesai, check-out ke halaman hotel yang memberikan harga terbaik untuk Anda.

3. Mencari website yang menawarkan diskaun menarik.
Selain menempah hotel terus ke website hotel, anda boleh mencari pelbagai website yang menawarkan diskaun menarik. Sebagai contoh, harga di Agoda mungkin tidak sama seperti di Booking.com. Jadilah pengguna yang bijak ya!

4. Membeli pakej melalui travel agent.
Walaupun travel agent dikenali dengan harga yang lebih mahal, tetapi anda jangan juga lupa untuk bertanya kerana travel agent ini memiliki deal khusus dengan hotel untuk memberikan harga yang lebih murah.
Biasanya, Anda akan mendapatkan harga yang lebih murah ketika membeli pakej yang sudah termasuk dengan tiket kapal terbang, hotel, dan kereta sewa.

5. Mencari hotel yang baru dibuka atau selepas direnovate.
Buat sedikit research tentang hotel-hotel yang baru dibuka kerana hotel yang baru dibuka akan memberikan harga dan promo yang special atau di upgrade kategori bilik yang menarik.

6. Mencari hotel yang tidak ada di internet.
Banyak hotel atau motel yang tidak diletakkan di dalam website. Anda boleh meminta rekemen kawan atau membaca majalah tentang hotel-hotel ini. Anda boleh terus menghubungi pihak hotel untuk bertanya tentang harga. Biasanya, hotel yang tidak ada di online ini memiliki harga yang cenderung lebih murah berbanding hotel yang terdaftar.

7. Menjadi ahli sesebuah hotel jika ditawarkan.
Semakin banyak hotel yang kini menyediakan program loyaliti pelanggan. Dengan menjadi ahli, anda akan mendapat beberapa keistimewaan, seperti pelbagai akses fasiliti yang menarik, diskaun harga dan promosi untuk di-upgrade bilik secara percuma.

Hasil jumlah poin yang dikumpulkan juga dapat digunakan untuk memotong harga bilik yang di inginkan. Selain itu, anda juga akan selalu menerima kiriman e-newsletter serta berbagai informasi mengenai promo-promo menarik yang diberikan khusus kepada para pelanggan berdaftar.



Sumber: Cuti-cuti Malaysia Original

0 comments: