AirBnb
Nak travel budget? Korang pernah tempah bilik guna apps AirBNB? Tahu tak apa itu AirBNB? Jom kita baca tips ni.
-Apa itu Airbnb?
-Boleh percaya ke Airbnb ini? Tak kena tipu?
-Adakah selamat menginap sekali dengan tuan rumah?
Airbnb.com merupakan salah satu laman web yang terkenal, khas untuk menempah rumah jenis Guest House. Airbnb.com mempunyai lebih 800,000 senarai Guest House di lebih 33,000 bandar di 192 buah negara di seluruh dunia. Guest House merupakan rumah tumpangan yang disewakan oleh pemilik rumah kepada tetamu. Terdapat pelbagai jenis kategori penginapan yang disediakan, antaranya ialah:
1. Sewa seluruh rumah (Entire house, private toilet)
2. Sewa bilik peribadi (Private room, shared toilet)
Untuk maklumat, semua transaksi pembayaran dibuat melalui laman web Airbnb dan bukannya secara terus dengan tuan rumah. Jadi kebarangkalian untuk ditipu adalah sangat tipis. Sekiranya ada, anda boleh terus berhubung dengan pihak Airbnb dan tuan rumah tersebut boleh disenarai hitam jika didapati menipu.
Soalan ini juga mungkin bermain di fikiran anda. Secara umumnya bagi saya adalah selamat, tiada masalah, bahkan anda sendiri akan merasai pengalaman unik duduk dengan orang tempatan serta dapat mengenali budaya setempat dengan lebih mendalam yang tidak mungkin akan dapat di hotel.
Sebelum anda membuat tempahan bilik, semak dulu beberapa maklumat penting seperti di bawah untuk lebih keselesaan bila sampai nanti :
1. Baca maklum balas (review) dari bekas penyewa, jika rating yang diberikan sangat baik, mungkin bilik tersebut pilihan terbaik untuk anda.
2. Cari bilik atau rumah yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam, wifi dan dapur memasak.
3. Untuk lebih yakin, lihat dipenjuru kanan setiap gambar bilik yang dipaparkan, jika ada tanda watermark ‘A’, bermakna gambar tersebut telah ditangkap oleh jurufoto profesional dari Airbnb sendiri.
4. Sebelum membuat tempahan, anda juga boleh berhubung dengan tuan rumah melalui ruang mesej di Airbnb, anda boleh tanya apa sahaja soalan sehingga anda rasa berpuas hati, anda juga boleh cuba tawar menawar harga dengan tuan rumah, jika bernasib baik, mungkin anda akan dapat diskaun.
5. Selepas anda menginap, anda boleh tinggalkan maklum balas di Airbnb tentang pengalaman bermalam di rumah tersebut, begitu juga dengan tuan rumah, jadi kedua-dua belah pihak perlu berkelakuan sebaik yang mungkin.
Bagaimana Caranya Buat Tempahan Bilik Airbnb Ini?
-Daftar akaun di Airbnb
-Pilih destinasi dan tetapkan tarikh check-in & check-out.
-Pilih rumah atau bilik yang berkenan di hati.
-Buat permohonan untuk tempah bilik.
-Masukkan butiran pembayaran seperti kad debit atau kad kredit.
-Klik butang Submit.
-Tunggu sehingga tuan rumah beri maklum balas samada menerima atau menolak tempahan anda.
Sumber:Cuti Cuti Malaysia
0 comments: