Belanja Bajet Ke Kyoto dan Osaka Japan
(RM 2165) BAJET KYOTO & OSAKA + UNIVERSAL STUDIO JAPAN (5 Hari) by Hang Dhamin - travel Okt 2016
Ramai betul yang bertanya pasal bajet trip kali ni, So aku share sikit Pengalaman aku dan perbelanjaan sepanjang 5 hari aku menjejakkan kaki ke Osaka & Kyoto kepada semua. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi kepada kamu semua untuk Travel. Gitu ! haha. Kebiasaan trip aku takde la terlampau murah ( means semua bende nak paling murah) tapi takdelah trip Have – Have sangat. Trip biasanya aku rangka mengikut keselesaan semua partner trip aku termasuk keselesaan penginapan , pengangkutan dan bebanan yang dipikul. So mana yang korang rasa boleh cut bajet disitu dipersilakan terutamanya part luggage dan penginapan. Ni trip last minute so hotel agak mahal dan tak banyak pilihan.
Untuk pass sepanjang di Kansai. Aku tidak mengambil apa – apa pas. Pada mulanya aku nak ambil kansai Thru Pass for 2 days bernilai 4000 yen. Tapi selepas membuat perkiraan kami hanya memerlukan 2,560 yen sahaja untuk 2 hari yang penuh. Maka kami decide untuk membeli sahaja tiket secara Manual untuk kemana – mana. Mula2 memang pening sikit. Tapi lama2 ok la. Banyak choice pass yg ada. Study sikit la kot ada yang kene dengan trip yg korang rangka.
Detail Cost
Flight : RM 550 ( 0800 am – 1530 pm)
Luggage : RM 178 (15kg) pergi (15 kg) balik
In Flight Meal : RM 15 (balik sahaja)
Insurans AXA : RM 27 (5 Hari)
Wifi Wiyo (klia2) : RM 60/ 3 orang = RM 20 (5 hari)
Makanan for 5 days : RM 67 (Brahim,Meggi,Nestum,Paru & sambal kentang) perperson
Hotel Kyoto : Rm 234 ( 2 days) KAEDE GUESTHOUSE By Booking.com
Hotel Osaka : Rm 479 ( 2 Days) Hotel Sun White By Booking.com
Total perbelanjaan hari 1 – 5 : RM 595 (DETAIL dibawah)
Total : RM 2165
Itinerary & Train Cost :
DAY 1 :
Total Cost : 1,230 Yen
Kansai Airport – Kyoto : 1,230 Yen
• Kami tiba di Kansai Airport Jam 3.40 Petang waktu Jepun. Dari Kansai Airport kami ambil train terus ke Kyoto (Karasuma Station) dimana terletaknya Guesthouse kami. Kami mengambil train Nankai Line untuk kesana. Ni bukan direct train dan perlu tukar beberapa station. Ada direct Train tapi Mahal. Disebabkan kami tak Rushing dan perlu berjimat cermat. Kami pilih laluan ini.
• Check in . Rest dan bincang Plan untuk esok
Day 2 :
Total Cost : 2,508 Yen
1. Bamboo Forest Arashiyama :
• Train 220 yen
• Teksi 590 yen (dari train station ke Bamboo. Boleh naik bus) = 148 perperson
2. Sagano Romantic Train :
• Train (Romantic Train) – ke Umahori 620 yen
3. Inari (Gerbang Oren)
• Train dari Umahori – Inari : 410 Yen
4. Kiyomizu Dera (Temple)
• Tren Inari – Kiyomizu Gojo : 270 Yen
• Fee Temple : 400 Yen
5. Kyoto Tower ( luar sahaja)
• Kiyomizu Dera – Kyoto Station by Bus (bus 100) : 230 Yen
• Kyoto Station – Guest House : 210 yen
DAY 3 :
Total Cost : 1060 Yen
1. Kyoto to Osaka : tren 640 Yen
• Dr guest house kami direct ke Hotel kami di Osaka ( TanimachiYonchome) transfer train
2. Osaka castle : Free. Jalan kaki.
• Hotel yg kami pilih berdekatan dengan Osaka Castle. Lebih kurang 10 minute perjalanan. Kami smpi awal pukul 12 tgh. So drop beg dekat hotel dan pergi jalan ke Castle dulu. Tak masuk dlm Castle. Fee berlainan.
3. Check In
4. Hard Rock Café Osaka
• Tren ke Hommachi : 180 yen
5. Dotonburi :
• Tren ke Namba : 180 Yen
• Tren ke Tanimachiyonchome (BalikHotel) : 240 Yen
Day 4 :
Total Cost : 8,720 yen
1. Universal Studio Japan
• Tren ke UniversalCity : 400 Yen
• Tiket USJ 7400 yen
2. Hard Rock café USJ : di kawasan yang sama
3. Umeda : Eyes on Osaka
• Tren ke Umeda 180 yen
• Fee entry 500 yen
• Balik ke guest house : 240 Yen
Day 5 :
total cost : 1160 Yen
1. Osaka Castle : free. Shooting with yukata (luar sahaja)
2. Check out jam 11 am
3. Umeda : last shopping
• Tren ke umeda 240 yen
4. Airport Kansai : fligh 440 pm
• Dari umeda ke Aiport 920 Yen
Total (day 1 – 5) = 14,678 Yen = RM 595 (1000 yen = rm 40.50 )
• Di atas tu kos wajib yang aku bayar sepanjang tempoh 5 hari di sana . Kos di atas tidak termasuk sovounier yang aku beli dan air2 dan jajan2 yang aku beli sepanjang disana. Aku bawa rm 300 yang ditukar ke Yen untuk membeli brg2 yang aku nak dan makanan2 yang aku teringin nak makan kadang2. Sebab kami dah bwk makanan dari Malaysia so mmg dah ada makanan dalam bajet di atas. Tapi tidak habis pakai pun. Ada lebih lagi ni ha. Pendek kata duit belanja sila tukar ikut kemampuan dan keperluan masing2.Semoga Bermafaat.
Sumber:Izzat Mustaffa
0 comments: