Bercuti Ke Maldives DIY trip 5h4m

Saya kongsikan Maldives DIY trip 5h4m 2/2/16-6/2/16.


Pergi berdua sahaja dengan husband untuk celebrate Anniversary kami.


Sebenarnya ada banyak option sesuai mengikut bajet anda. Kalau bajet paling minimum rasanya tak sampai 1k boleh buat untuk 5h4m for ground sahaja. Bajet kami rm1930 seorang termasuk flight pergi balik, transport, makan, penginapan, segala aktiviti dan souvenir. Kami sempat visit 4 island iaitu Hulhumale, Male, Maafushi dan Adaaran.


Day 1

>KL-Male return flight AirAsia rm370/pax at 6.55pm.

>Erl putrajaya to klia2 rm8.50/pax
>Bus airport ke Hulhumale 20rufiyaa/pax.
>Hotel TLM Retreat Hulhumale 40usd/night
-rufiyaa tak dijual di Malaysia, so boleh tukar di airport. Rate sekarang 1usd=15rufiyaa. Simpan resit, kalau ada baki boleh tukar sebelum balik. Or tak perlu tukar buat souvenir je.


Day 2

>Hulhumale ferry to Male 5.50 rufiyaa/pax

>Male to Villingili ferry terminal by taxi 35 rufiyaa.
>lunch at male 93rufiyaa 2pax
>Speedboat Male to Maafushi island 20usd/pax
>Narnia Maldives 200usd/3 nights with breakfast and tax
>bikini beach
>candle light dinner buffet at Kaani Beach villa 12usd/pax
- ada option naik local boat/slow boat ke Maafushi 3usd je only at 3pm, kadang ada at 10am. So ikut bajet korang.
- ada few candle light dinner buffet kt Maafushi. Just tengok menu and pilih.


Day 3

>Snorkeling package with Shadow Palm 40usd/pax. Recommended sebab dorang pegi 5 stops compare to others. Turtle reef (kami jumpa 3 ekor), 

Dolphin cruising and snorkel (beratus dolphins), Sting ray reef (jumpa 2 ekor), picnic lunch included dekat sandbank beach, continue snorkel kat Biyadhoo reef. 8am to 3pm include pictures and video FOC.


Day 4 

>Private island resort excursion amik package dengan iCOM Tours, 100usd/pax. Optional untuk yang ada duit lebih, teringin nak visit private island resort tapi tak mampu nak tido sana mcm sis. Haha. Kami pilih Adaaran Prestige Vadoo resort sebab dia cantik, ada dua jenis water villa, termasuk lunch buffet style, free wifi sepanjang hari, unlimited drinks and alcohol for non muslim. Petang ada shark and tuna feeding. Free akses untuk guna swimming pool, jalan2 water villa etc. Package ni include speedboat transfer from Maafushi to resort from 8am - 7pm. Ada private resort lain juga yang lebih murah. Ikut bajet anda.







- kalau takde bajet boleh buat aktiviti lain di Maafushi, ada macam watersports range harga 15-150usd. Or lepak beach je.
- dinner kami dibelanja oleh Narnia. Makan chicken curry and telur dadar with rice. Baik sungguh diorang.


Day 5

>speedboat maafushi to airport 20usd/pax

>luggage storage 5usd/bag
>bus to hulhumale 20rufiyaa/pax
>lunch green curry fish dan ayam masak merah, nasi dan side menu 85 rufiya/2pax
>souvenir hunting, FM range price 1-5usd.
>lepak Hulhumale beach makan ice cream,minum kelapa 7usd/2pax
>tapau dinner,kuih maldivian food lagi 12rufiya
>bus to airport 20rufiya/pax
>flying back to Kl at 8.55pm
>erl to putrajaya rm8.50/pax and car parking fees rm32/5days 

- local boat dari Maafushi ke Male beroperasi satu kali sehari at 7.30am. Perjalanan 1jam 30mins to 2jam. Bayaran 3 usd je. So ikut bajet anda. Kami pilih speedboat sebab masa yang limit dan nak check out lambat. Lagipun flight Airasia balik KL at 8.55pm sahaja.

Rate kami secara purata

1 Usd=rm4.20

1 rufiyaa=rm0.30

*Hanya tiket flight dan hotel booked dari Malaysia, iti nak buat apa ke mana semua beli and booked bila sampai sana.

*Maldivian food sedap gila okay! Nyesal bawak Brahim berat2 bag.


*gst and service tax sangat tinggi di Maldives. Hotel akan kenakan tax sahaja total 22%. Harga sy letak di atas dah termasuk tax.

*sekarang peak season di Maldives, so harga agak tinggi. Tapi weather sangat cantik untuk hasil gambar yang cantik.

*snorkel di Maldives tak sama macam di Lombok,phuket,oslob, dan negara asia lain yang saya pernah pergi. Open air kan, angin dan laut gelora dia lain macam. Bersedia untuk muntah.

*mereka sangat berahsia tentang wifi password, part ni kadang tu stress jugak. Hehe. Memang free wifi, tapi nak dapatkan password tu diorang tak tulis, tapi akan minta hp kita untuk taipkan. Ada tempat yang 1 gadget 1 password berlainan.

p/s: I am not selling any package to Maldives. I am not a tour/travel agent. Saya cuma berkongsi pengalaman sendiri sahaja.




Sumber: Kaki Travel

0 comments: