Anda Baru 1st Time Menunaikan UMRAH? Tak Tau Macam Mana NAK PREPARE?
Bagi anda yang akan berangkat utk memunaikan umrah, tentulah perlu menyiapkan kelengkapan yang harus dibawa sepanjang berada di Tanah Suci.
Buatlah persediaan awal dgn mula menyiapkan barang 2-3 minggu sebelum berangkat supaya kelengkapan yg harus anda bawa tidak ada yang tertinggal.
Selepas itu, kalau ada barang yg terkurang pun, anda masih ada masa untuk membelinya.
Buatlah persediaan awal dgn mula menyiapkan barang 2-3 minggu sebelum berangkat supaya kelengkapan yg harus anda bawa tidak ada yang tertinggal.
Selepas itu, kalau ada barang yg terkurang pun, anda masih ada masa untuk membelinya.
4 CHECK LIST PENTING PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT!
1. Latih diri utk rajin ke masjid tempat kita tinggal
Kalau dulu kita sering solat di rumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid.
Sekiranya ada majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah melangkahkan kaki kita hadir ke majlis yg dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita… Insyallah
2. Perbanyakkan Solat Sunat
Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat & solat sunat tahajud adalah untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yg banyak kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita.
Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.
3. Rajin membaca Al Quran
Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanah suci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam al-Quran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.
Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah.
Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah serta “Travelog Haji” tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda & naluri kita sebelum kita berada di tanah suci.
4. Buat Latihan Fizikal @ Senaman
Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 – 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km).
Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita ke sana
Panduan solat atas Kapal Terbang
Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita ke sana
Panduan solat atas Kapal Terbang
0 comments: