Pengalaman Menjadi Tahanan Imigresen di Amman, Jordan
Pada bulan Jun 2016 yang selepas bulan Ramadhan, aku naik Royal Jordanian Airlines ke London melalui Amman.
Di sini aku mahu berkongsi ada package untuk transit passanger untuk travel dalam Jordan seperti Laut Mati, Amman City, Petra dan sebagainya jadi perkara ini memang membuatkan aku sangat gembira sebab memang sudah tidak sabar lagi mahu berendam di Laut Mati. Namun aku mengambil mudah dah tidak alert bahawa pakej tersebut mesti kena book 48 jam sebelum travel
Sesampai di Airport Amman, aku terus pergi ke kaunter Royal Jordanian, tapi inilah masalahnya staff mereka pemahaman product knowledge masih level zero. Mereka tidak faham soalan aku dan marah aku. Apa lagi aku pun naik angin dan marah balik! Suruh dia panggil manager, kemudian pengurusan operasi mereka datang dan menerangkan yang pakej kena book 48H upon arrival. Ok fine. Aku tanya, macamana nak ke Amman City? Dia explain suruh aku naik bas dengan harga 2-3 JOD sahaja dan bas itu warna kuning.
Aku pun sangat yakin turun ke level bawah pergi Imigresen, kemudian staff airport bagitahu untuk transit passanger tidak boleh keluar. Aku tanya, WHY? Dia tidak memberi jawapan soalan aku dan aku agak geram. Kemudian aku cakap, aku mahu jugak pergi Amman City. Barulah dia bagi aku scan bag and pergi beratur di kaunter imigresen.
Mula-mula pak-pak Arab tu okay, sebut “Malaysia, Malaysia, here”. Sebelum stamp, dia tanya boss dia, bole lepaskan aku tak. Boss dia cakap boleh. Lepaskan (macam tu kot maksudnya).
Selepas stamp, aku keluar. Tak sempat melangkah ke gate, aku kene panggil balik. Aku tanya kenapa, ada masalah ke? Dia cakap nama aku ada buat “chaos” di Jordan. Dia tanya lagi pernah datang ke Jordan ke? Aku cakap, tak pernah. Dia cakap nama “Zaidi Bin Abdullah” pernah buat hal masa di Jordan dan kena blacklisted. Amboi! Diorang ingat dalam dunia ni seorang je ke nama tu? Aduhaii. Nama tu pulak “Zaidi bin Abdullah bin Abdullah”. Nama aku “Zaidi bin Abdullah bin Awang”. Dia suruh buktikan! Celah mana nak buktikan? Mana bawak surat beranak Arab pergi oiiii!!!
Maka bermulalah episod aku kene tahan di bilik tahanan bersama tahanan-tahanan lain. Aku nak call embassy, dia tak bagi pinjam telefon dengan pelbagai alasan yang diberikan.
Suasana di bilik tahanan
Begitulah kisah yang ingin aku kogsikan… Tamat…
Tips bila kene tahan:
1) Jangan panik, tenang.
2) Tanya detail kenapa kau kene tahan.
3) Kalo ada nombor Embassy, minta call.
4) Negiotiate dengan officer, sama ada kau kene hantar balik, atau kau kena fly ke negara lain.
sumber: FB Oren Katique
0 comments: