Travel Ke Douglas, ISLE OF MAN, United Kingdonm
Isle of Man mempunyai bendera berlatar belakang merah serta terdapat 3 batang kaki di tengah bendera
Bahasa klasik penduduk setempat merupakan bahasa Manx Gaelic, namun ianya hampir pupus ditelan dek zaman. Bahasa rasmi merupakan bahasa Inggeris.
Pulau ini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Norway Hebrides sehingga abad ke- 13.
Setelah diserahkan kepada Scotland pada tahun 1765, pulau ini telah ditakluk di bawah jajahan British (Rujuk sejarah pembetukan UK).
Walaupun Isle of Man dibawah jajahan takluk British, namun ia bukanlah sebahagian daripada UK mahupun Kesatuan Eropah.
Walau baigamana pun, Kerajaan UK kekal sebagai kerajaan berperlembagaan dan bertanggungjawab untuk pertahanan serta perwakilan antarabangsa.
Kepada pengembara yang berhajat untuk mengembara ke negara Isle of Man (negara di bawah jajahan takluk UK tetapi bukan di bawah Persekutuan UK) melalui jalan air (lautan Irish) boleh lah menggunakan perkhidmatan feri ini.
Untuk pengetahuan anda, hanya syarikat Packet Stream yang menghubungkan antar Isle of Man dengan Ireland, Northen Ireland and England.
Terdapat beberapa perlabuhan di UK dan Ireland yang bole mehubungkan anda dengan Douglas Port (ibu negara) iaitu Dublin Port, Belfast Port, Liverpool Port, Heysham Port, Birkenhead Port and Larne Port .
Antara perkhidmatan yang ditawarkan semasa pelayaran adalah panggung wayang, bar, kafe, kasino mini dan juga kedai duti percuma (duty free shop).
Harga tiket adalah berubah mengikut musim. Jika akan berkunjung pada waktu TT Race, maka harga tiket akan melambung tinggi.
Pengalaman saya berlayar dari Dublin Port ke Liverpool Port sangat menyeronokkan walau harga tiket 35£ di sebabkan TT Race, namun saya rasa ianya sangat berbaloi.
Dekorasi taman yang menyerupai Motor Berkuasa tinggi ini merupakan simbolik untuk Tourist Trophy Race atau lebih dikenali dengan nama TT Race.
TT Race merupakan perlumbaan motor berkuasa tinggi peringkat antarabangsa yang diadakan di Negara Isle of Man pada bulan Mei atau Jun setiap tahun sejak 1907 dimana ia berlangsung pada 28 Mei hingga 10 Jun 2016 untuk tahun ini.
Sekiranya anda berkunjung ke negara Isle of Man, pastikan anda tidak terlepas untuk mencuba Manx Electric Railway.
Keindahan flora dan fauna sang pencipta di sepanjang perjalanan laluan rel pasti memukau pandangan mata anda.
Perjalanan ke puncak Laxey memakan masa 30 minit, manakala perjalanan ke puncak Ramsay memakan masa satu jam.
Anda boleh bermula di stesen paling bawah (Douglas) untuk ke Laxey, Ramsy atau puncak Sneafell. Kos untuk ke Laxey adalah 5.60£ sehala.
Percayalah, keindahan bumi Isle of Man di sepanjang perjalanan mampu membuat anda jatuh cinta kepada alam semula jadi.
Stesen Laxey merupakan stesen pertukaran untuk ke Puncak Sneafell, ke lombong Laxey dan juga puncak Ramsey. (Sila google 10 things to do in Isle of Man).
Di Laxey sendiri terdapat beberapa tempat menarik untuk di lawati antaranya sneafell, tren ke puncak gunung sneafell, Tren ke lombong laxey, laxey wheel, Laxey harbour, tasik salmon dan banyak lagi!!!
Sedikit perkongsian tentang Laxey hasil dari cerita warga tempatan dan juga pembacaan saya sendiri.
Laxey merupakan perkampungan di lereng bukit yang terletak di Pantai Timur perairan Isle of Man. Nama Laxey dipetik dari bahasa Norse lama iaitu dari perkataan Laxa yang bermaksud Sungai ikan Salmon.
Tip dan helah: Kekuatan otot kaki haruslah kuat dan hati perlu cekal sekiranya anda ingin melawati Perkampungan Laxey ini kerana anda perlu berjalan kaki dengan jarak yang jauh. Jangan bimbang, demi keindahan alam semula jadi, anda pasti teruja dan terlupa yang anda telah berjalan jauh.
Laxey Hourbour telah dibina pada tahun 1850 yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan ke Lombong.
Kini, ia dijadikan tempat kapal-kapal peranginan berlabuh.
Saya berjalan kaki yang agak jauh untuk kesini dari Laxey Electric Rail station.
Penat berjalan semata-mata nak ke sini. Naik bukit turun bukit. Which is jarang aku buat during travel semata-mata nak tgk hidden gems!!
Lain dari yang lain.
Horse Tram atau dengan bahasa yang lebih mudah Tram Kuda.
Tram yang bergerak melalui rel kereta api.
Sumber:Fb Oren Katek
0 comments: