Rosa Malacca, Melaka

Kepada yang berangan-angan nak ke Eropah atau New York tu, apa kata korang bertandang ke Melaka jer, shrt trip vacation dan menginap di Rosa Malacca ni. Konsep ala industrial kota Brooklyn di New York serta deko susunatur simple ala Eropah.

Hotel ini menduduki tangga teratas senarai hotel terbaik di Melaka oleh Tripadvisor! Apa taknya, sangat ramai memberi rebiu yang baik mengenai hotel ini.

Rosa Malacca terletak di Jalan Parameswara, kira-kira 1 kilometer dari A’ Famosa dan Mahkota Parade. Memang menarik konsep hotel ini. Cool sangat! Tak percaya tengoklah sendiri. Seni bina bangunan hotel menggunakan batu bata merah dan simen, inspirasi daripada bangunan sekitar Brooklyn dan juga Eropah.

Ada jugak ruang makan terbuka. Sangat ohsem. Buat kaki bergambar dan selfie memang sesuai sangatlah menginap di sini. Ada kafe hipster yang menawarkan sarapan ala Eropah, minum petang dan pelbagai menu barat. Dah duduk hotel ala barat makanan pon kena la ala barat jugak. Baru feel.

Semua 60 bilik mempunyai reka bentuk perindustrian kontemporari moden dengan semua kemudahan moden, satelit dan TV LED, pendingin hawa dan wifi yang laju. So, korang boleh la bergambar dan terus update di sosial media.

Lokasi: No 212, Jalan Parameswara, Melaka
Hubungi: 06-2819888
Email: info@rosa.com.my
Laman Web: www.rosa.com.my









Sumber: LIMAKODI

0 comments: