PERTH 7 hari 6 Malam Bajet Serendah RM1500

Tiket flight                : RM650
Homestay                    : RM205

Sewa kereta 4 hari plus GPS : RM235

Visa                        : RM20







Expanses di Perth : RM380 ~

+ Minyak kereta : $20

+ Train & bus : $25

+ Kailis: $17

+ Charcoal chicken : $16

+ Brg2 masakan di coles : $20

+ Pinnacle : $12 per car ($3 sorg)

+ Sandboard : $10


TOTAL : RM1490
Tips jimat! Pegi 4 orang!
Pengiraan berdasarkan trip 4 orang. Total expanses kereta, homestay, entrance fee pinnacles, barang2 masakan semua dibahagi empat (4) orang.

Journey ini tak pergi zoo, tak tengok kangaroo. Lebih kepada trip yang menghayati keindahan bumi Perth.
Hari Pertama

Sampai Perth pukul 4 petang. Sampai bahagian imigresen, kami kena check beg dengan pegawai dekat sini. Maybe sebab ktorang declare bawa barang makanan, so dia check very detail dalam beg kitorang. Tapi alhamdullilah lepas je semua, segala brahim, serunding, sambal belacan, maggie, milo, tuna dan lain2. Hehe.
Kat airport, terus pergi beli simcard optus. Harga $15 utk 7hari, sehari dapat 1GB. Lepas tu pergi solat dekat surau yang terletak sebelah kiri bila keluar dari arrival gate tu. Surau tu campur laki dan perempuan jadi jangan terkejut kalau nampak laki/perempuan dalam tu.
Selesai je solat, terus keluar dari airport dan menuju ke homestay pertama kami area Minland. Tempah guna Airbnb waktu dekat Malaysia, dalam 2 minggu sebelum berlepas. Agak lewat tempah sebenarnya so harga mahal sikit. 1 malam dlm RM280 camtu, tapi still ok sebab duduk 4 orang.
Ada 2 option nak pegi ke homestay kami area Mindland (jauh sikit dari Perth City)

1) Naik uber ($28 per car, activate guna kredit card, tak boleh guna cash)

2) Naik bas ($4.7 per person valid untuk semua public transportation within 2 hours)


Last sekali kami pilih option 2. Naik bas sebab takut nak spent, yelah baru 1st day. Sampai homestay, masak2 dan prepare untuk tidur.
Hari Kedua
Bersiar-siar area Perth City, Fremantle guna public transport (bus & train). Kitorang beli a day pass berharga $12.8.
Ini list tempat yang kitorang pergi.








1) King Park Botanical Garden (jalan kaki merentas hutan jauh gakla dlm 5km ada kot)

2) Kailis (makan fish & chip famous)

3) Fremantle City & Beach

4) Elizaberth Quay

5) Perth Cbd
6) Usha perfume dekat Chemist Warehouse area Fremantle

7) Beli barang2 makan untuk masak dekat Coles Fremantle (coles ini yang tesco kita dekat Malaysia, ada banyak cawangan)

Hari Ketiga

Check out homestay area Minland dan terus ke aries car rental yang terletak di 166 Adelaide Terrace. Selepas bayar booking dengan sewa gps, kami pun terus bergerak round Perth City dan Fremantle. Planning asal nak ke Pinnacles tapi disebabkan dah lewat kami buat keputusan untuk pegi sana next day je. Di Perth, pukul 5.42 ptg dah gelap, dan kita memang dinasihatkan untuk tidak memandu di area luar bandar after pukul 5 sebab time tu kangaroo tengah aktif. Takut kemalangan.

So list tempat kitorang pergi pada hari ketiga:


1) Blue boat house. Foc.

Kitorang parkig area universiti yang berdekatan, risau sebab banyak dengar kes kereta kena pecah area kawasan blue boat house tu. Kalau nak ke sini better pegi awal pagi untuk dapatkan gambar yang cantik dan juga  tak ramai orang time tu. Time kami pergi agak ramai juga yang beratur sebab haritu ada convocation university.

2) Fremantle Market. (Buka jumaat sabtu ahad je)




Buka hanya JUMAAT SABTU AHAD sahaja. So sesiapa yang plan nak beli souvenir boleh beli siap2, jangan jadi macam kami plan nak beli time nak balik hari Isnin rupanya tutup! Nangis tepi buku katil.

Dalam ni ada orang jual makanan, buah-buahan, sayut-sayuran, souvenir boleh beli dekat megabes ada dalam fremantle market ini jugak.

3) Eshed. (Buka Jumaat Sabtu Ahad sahaja)

Tempat beli souvenir jugak sama macam fremantle market. Tolonglah beli tshirt, hoodies Aussie serius murah. Coklat aussie pun sedap! 

4) Singgah coles dan terus check in homestay yang kedua. Fuhh lawa rumah ni.


Hari Keempat




Check out dan terus drive ke: 

1) Pinnacles (200+ km dr homestay kami, 197km dari Perth City)

Lawa gila tempat ni. Macam kat padang pasir. Bayaran $12 per car.








2) Lancelin Sand Dunes (sand boarding)
Kat sini sewa 1 sand board harga $10 utk 2jam. Boleh la try main sand boarding ni sebab pasir dia haluss yang amat! Rasa smooth je bila luncur tu.


3) Yanchep

4) Singgah pantai area lancelin utk berkelah makan.


5) Spudshed, Innaloo. Tempat beli barang-barang untuk masak, lebih kurang macam Tesco jugak. Lepas tu kami terus ke rockingham untuk check in homestay ketiga.







Hari Kelima

Drive tengok keindahan alam. Ya Allah sumpah lawa tempat-tempat ni. Dalam perjalanan nak ke tempat2 ni pun dah sangat lawa
1) Rockingham City 

2) Lake Cliffton: ni exact location 

https://maps.google.com/?q=-32.745487,115.655342 
3) Bunbury

4) Busselton Jetty

Hari Keenam - Isnin

Cari souvenir. Pegi balik dekat Megabes di Malaga tapi dah tutup rupanya! So alternative lain utk beli souvenir pada hari Isnin adalah di Barrack Street. Nama kedai Australia the gift. Ada 3,4 kedai jual souvenir, tshirt sama mcm Megabes, tp ofcos mahal sikit. Still okay kalau nak beli tshirt, keychains dan fridge magnet. Harga lebih kurang tapi kalau sweater harga jauh lebih mahal dari Megabes.





Jangan lupa kalau sampai Malaga singgah makan di Chicken Charcoal Daniella, sedap! Kedai org Malaysia. Harga sepinggan dalam $16.
Hari Ketujuh - Selasa

Flight balik KL. Time kat airport jgn lupa claim GST lepas dh masuk departure.
Syarat nak claim, beli brg lebih $300 dalam 1 kedai yg sama. Byk resit xpe janji kedai sama.





Kredit: FB Mis Fana

0 comments: