Hotel Halal di Bangkok, Thailand

Semestinya bagi pelancong muslim, sangat sukar untuk mencari hotel yang mesra muslim terutamanya bila berada di negara yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka.


Kini tidak lagi jika anda berada di Bangkok. Di Bangkok sudah ada hotel halal yang diiktira sebagai ‘Penyedia Layanan Mesra Muslim’ oleh Pusat Halal Teluk Emiriah Arab Bersatu (UAE). Hotel yang dimaksudkan ialah Al Meroz hotel.


Kredit Foto: Al Meroz Hotel

Hotel ini terletak di daerah Ramkhamhaeng, timur kota Bangkok dan menawarkan sejumlah 242 buah bilik ini dimiliki oleh Thai-Muslim TS Family Group.


Antara servis halal yang ditawarkan adalah makanan halal, bilik ruang solat wanita dan lelaki berasingan, kolam renang berbeza waktu untuk wanita dan lelaki, bilik disediakan sejadah, al-quran dan arah kiblat.


Kredit Foto: Al Meroz HotelKredit Foto: Al Meroz Hotel

Al-Meroz menyasarkan sejumlah 1.6 bilion mereka yang beragama Islam di seluruh dunia antaranya dari Perancis, Jerman, negara-negara Scandinavia dan negara-negara Eropah Timur seperti Serbia.


Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini boleh ke laman sesawang mereka www.almerozhotel.com


Sumber: Syiok Travel


0 comments: