Trip 5 Hari 4 Malam Ke Sabah Kurang RM 500 Seorang Included Flight Ticket

Baru-baru ini selepas pulang dari Sabah ramai kawan-kawan yang mesej tanya review tentang Sabah. Jadi perkongsian ini diharap dapat membantu sesiapa  sahaja yang berhasrat untuk bercuti ke Sabah.

Trip ke Sabah aku pergi 5 hari 4 malam bersama² geng² sekolah rendah aku dan sehingga sekarang still menjadi bff(best friend forever) walaupun zaman sekolah dulu bergaduh bagai....hehehe....

Jadi kita fokus pada tujuan asal perkongsian trip ini. Boleh baca point2 di bawah:


FULL BAJET UNTUK 5 ORANG :

°°Hotel 5 hari 4 malam ( RM 343.94)
°°Kereta Proton Saga selama 5 hari ( RM 400)
°°Minyak (RM 90)
°°Pulau (RM 340) (rm68seorang) termasuk harga² Bayaran tambah
°°Makan seafood 2x ( rm250)
°°Dairy farm (rm25)
°°Fish Spa ( RM 25+ 4)
°°Hotspring ( RM 15)
°°Kinabalu Park (RM 15)
°°Aiskrim Dairy Farm (RM 26.50)
°°Lokan Bakar (RM 24) dua set

seorang = RM 311.70
+ makan RM 50
+ tiket RM 120

TOTAL = RM 481.70 seorang 

JADUAL PERJALANAN

HARI 1
-Smpai Kota Kinabalu
-Ambil kereta sewa, makan dan solat
-Terus pergi Kundasang
-Check-in Hotel Ayana Hotel
-Jalan² area Kundasang
-Makan kepak ayam 👍
-Makan malam Kat restoran Panataran depan Kinabalu Park
-Balik rehat hotel

HARI 2
-Sebelum  jam 8 pagi sudah gerak ke Desa farm
-Ikan spa ( lupa nama )
-Kolam air panas Poring
-Crystal Hill
-Pasar sayur dan buah buahan Kundasang
( macam Cameron)
-Balik tidur zzzz

HARI 3
-Awal pagi  ke Kinabalu Park
-Pusing Kundasang sepuasnya cari makanan.
-Turun KK
-Singgah Jambatan Tamparuli
-Makan lokan bakar di area Uitm Sabah
-Singgah usha UMS
-Jalan² pasar Philippines
-Makan seafood Kedai Glam seafood (Kedai kuning)
- tidur zzz

HARI 4
-Bersiap pergi Jesselton Point untuk cari pakej ke pulau ambik 3 pulau terus smpai petang(kaunter 10)
-Lepas maghrib jalan² pasar malam (depan pasar besar)
-Makan seafood Kedai Haji Manja 😘
-Balik tidur zzz

HARI 5
-Bersiap shopping area plaza mall situ
-Shopping area pasar Philippines bnyk kedai² menarik area situ
-Pusing² Kota Kinabalu
-Tanjung Aru
-Balik

#TIPS Ke Sabah

1- Datang Sabah tolong baca review banyak² ibarat mahu backpack ke luar negara baru best tak tertinggal apa²...

2- Booking awal² hotel, homestay, hostel, area Kundasang. Jangan last minute booking jawabnya tidur dalam kereta la..

3- Sewa kereta awal² sekurang²nya sebulan sebelum pergi nanti susah dapat pula yang mahal². Aku sewa saga mereka ambil kami di airport ini nombornya 013-877715 murah sungguh.

4- Pergi Kundasang dulu bila smpai.KK destinasi selepas itu dan pulau btter pergi hari 2 hari sebelum balik nanti hitam muka hangus 😂

5 - Makanan di Kundasang kuantiti 1 pinggan tu banyak tau satu pinggan boleh makan untuk 2 orang hehe..

PEKAN NABALU
•Sampai Kundasang jumpa Pekan Nabalu. Di sini boleh la nak usha² barang kraf ada macam² hasil kraf

AYANA HOTEL



•Kami stay Ayana Hotel..seyes cantik n prived sesuai untuk kami yang bising ,x mengganggu org lain tido hahah...

Hotel, chalet, homestay atau apa sahaja boleh surf Google, Trivago, Agoda dan Facebook..

Aku usha dekat Agoda sahaja sebab bajet.

PEKAN KUNDASANG
•Jalan² pasar sayur-sayuran dan buah-buahan segar tepi² jalan macam² ada bagaikan pasar Cameron dekat situ

•Cari kepak ayam madu famous area Kundasang Warl Memories. Orang cakap kepak ayam depan tandas awam (buruk sikit warnanya) Serius sedap. Cuba jangan tak cuba

• Kalau pagi akan nampak view gunung Kinabalu dari tengah² bulatan gobis tu pasti gambar kelihatan cantik ala2 New Zealand gitu.

DESA PARK


• Pukul 8 pagi atau awal lagi sudah gerak pergi Desa Park sebab pagi² akan dapat view gunung Kinabalu dan tengok lembu ala² jalan-jalan ke New Zealand haha..
•Bayaran RM5 seorang.
•Jangan lupa makan aiskrim dan susu kotak kat sin sedap dan terbaik aku yang tak minum susu lembu pun boleh telan. 
•Bileh tengok orang perah susu lembu jugak

FISH SPA

•Ikan kelah bayaran RM3 seorang. Di sini kita boleh letak kaki biar ikan main² sambil buat rawatan spa kat kaki, kalau sapa yang berminat untuk mandi bersama ikan pon boleh tapi awal² memang geli dan takut lama kelamaan okey jer best. Wajib datang sini walaupun jauh sikit..

KOLAM AIR PANAS PORING
•Bayaran masuk sini RM3 seorang. Dalam ni ada kolam ayer panas dan macam2 aktiviti seperti conopy walk. Disebabkan kami memang datang bercuti jadi kami hanya pergi bahagian air panas sahaja.

•Tips bawa baju salin dan sebab rugi jika tak mandi kolam air panas  di sini sebab ianya dibahagikan kepada kumpulan2 jadi boleh mandi manda tanpa rasa segan sangat.

CRISTAL HILL
• Jalan ke atas memang dugaan gila saja mencuba nak tahu ada apa rupanya view sangat menggoda jiwa. Time kami pergi dah nak maghrib jadi lagi cun bila nampak matahari merah² kat Gunung Kinabalu. Sini sebenarnya hotel jadi sesiapa mahu berbulan madu memang sesuai sangat 😁

KUNDASANG PARK
• Bayaran RM3 masuk² pergi belah kiri tau sebab belah kanan tak da apa sangat just ada tugu je. Sini cuaca dia tak menentu tapi suhu di sini sejuk sangat sampai kadang² kabus penuh walaupon tengahari ( kata orang la).

KUNDASANG WAR MEMORIAL
•RM3 tempat bersejarah kawasan dia dekat dengan area Kundasang tempat² bersejarah zaman dulu.

LOKAN BAKAR 

•Sini memang destinasi wajib kena pergi tempat ini dah lama bertahun2 wujud..antara sumber pendapatan kawasan ini. Lokan bakar ni harga mampu makan selonggok 12, 8, dll aku pon lupa dah. Specialnya di sini lokan dan puding kelapa. Serius memang wajib cuba pudingnya pasti tak boleh lupa

PASAR PHILIPPIES
Sini terkenal dengan tempat jualan barang² mutiara dan barang kraf yang lain. jadi di sini salah sati tempat pelancongan dan banyak pilihan untuk dijadikan cenderahati memang tergoda dan rambang mata

PASAR MALAM PHILIPINO
•Kawasan dia berhampiran dan berhadapan dengan Pasar Philipine tu cuma yang membezakannya hanya buka jam 7 malam

•Tapi rahsianya sini harga  jauh lebih murah dari pasar philipine dan kadang² 2 kali ganda. Jadi tips shopping beli la di pasar malam ini. Barang yang sama dengan harga berlainan dan mengapa perlu bayar lebih jadi pandai² la memilih 😁

KEDAI MAKAN SEAFOOD
-Makan seafood dekat area todak. Sini macam² kedai ada pilihh sahaja. Malam ke-3 dan ke-4 kami makan di Kedai meja kuning dan Haji Manja.Kenapa 2 kali pergi makan seafood?? Sebab rasa berbaloi-baloi dan kalau balik semenanjung  tak makan dah hahha ( sekali makan RM 100)

PULAU MANUKAN,SAPI MAMUTIK
• Sebelum nak pergi pulau kami kena usha harga pakej pulau kat Jesselton Point Waterfront. Di sini banyak pilihan kaunter yang korang semua boleh pilih ibarat macam TBS boleh pilih mana perkhidmatan dan harga yang dihendaki. Kami ambil pakej 3 Pulau terus dekat kaunter 10. Aku recommend sini sebab bagi aku khidmat mereka terbaik sangat sebab :

harga pakej 1 pulau RM 23
2 pulau 33
3 pulau 43
Sewa dan bayaran terminal fee ( RM25)
Total 68 seorang

•Jaket keselamatan mereka provide baru dan warna oren mudah dari jauh nampak dan kenal pasti

• Tips time di pulau ini bawak bekal untuk makan sepanjang hari dekat pulau jangan risau sunburn rugi datang Sabah tak mandi laut air dia  cantikkkk 🐟🐬seorang

TIKET FLIGHT
°° Beli awal² insyaAllah sekarang AirAsia asyik buat promosi ja...beli ja...prinsip ak beli ja..klu x beli sampai tua dok pikiaq duet xdak... Tiket p balik kami RM 120 seorang..



Sumber: FB: Yana Suhaimi

1 comment:

  1. hi.. boleh bagi full number untuk sewa kereta.. thanks

    ReplyDelete