Balik Kampung Dari UK Ke Kedah Dalam Masa 75 Hari Termasuk Bulan Puasa

Masih ingat lagi sebuah keluarga dari Malaysia tinggal di UK ingin pulang beraya di kampung di Kedah pada Julai 2013. Mereka sekeluarga seramai enam orang dari Malaysia,  menghasilkan rekod baru dengan balik kampung dari United Kingdom ke Kedah, Malaysia hanya dengan memandu sebuah Caravan iaitu sejenis van yang mempunyai kelengkapan seperti di dalam rumah. Menariknya di sini, mereka melakukan trip balik ke kampung ini pada bulan Ramadhan. Kalau di negara barat, menggunakan Caravan untuk berpindah satu tempat ke satu tempat memang dah perkara biasa, cuma perbezaannya adalah jarak. Perjalanan keluarga ini akan merentasi 38 buah negara, selama 75 hari, dan sejauh 28, 646 km merentasi dua benua.





Keluarga ini juga menggunakan Caravan jenis Mercedes Sprinter 1998, dari Seaham, Sunderland ke Kubang Pasu, Kedah. Jamal Ismail 44, bersama-sama isterinya, Sofinee 38, dan 4 orang anaknya, iaitu Sabeera 17, Sumrah 13, Syameem 15, dan Sei, 10, sudah lama merancang trip balik kampung yang thrill ini. Biasa orang perjalanan dari KL ke Kelantan pun dah rasa penat, inikan pula dari UK ke Kedah, pehh! memang gigih kan...





0 comments: