Korean DEMILITARIZED ZONE (DMZ) Trip

Good Day travellers!! Annyeonghaseyo…!!!

Mahu share sikit tempat yang best di Korea yang aku perhatikan jarang sangat rakyat Malaysia mahu menapak ke tempat seperti itu. Aku pun tak paham WHY?? thrilled kott. Mungkin sebab pakej ke sana agak mahal ke?, sebab jauh sangat ke?, atau memang rakyat kita kurang info tentang tempat itu. Yang dah jejak alhamdulillahlah…..

Korang penah dengar DMZ? Demilitarized Zone? DMZ ini zone kawalan antara South Korea dan North Korea. Korang kena bawa passport untuk masuk ke sini.

So, aku sajikan sikit tips and trick perjalanan ke DMZ dari Seoul:

Korang boleh ambil mana-mana subway up to Munsan station.

Note: Perjalanan ke Munsan naik Koreal (Interchange mana-mana station yang ada Gyeongui Line). Total journey selama satu jam setengah dari Seoul City. Perjalanan ke ceruk kampung-kampung Korea. So jangan terkejut jika korang jadi bahan pandangan umum.

Bila sampai Munsan Station, boleh turun ke Ground Floor and ambil taxi ke Imjingak, kos dalam 4000 Won sahaja.

1) Imjingak

Sampai Imjingak bolehlah ber’cam whore’ dulu sebelum beli tiket DMZ tour. Di Imjingak ada tugu-tugu askar, ada Imjingak Observitory Tower, kedai makan, jalan kereta api yang menghubungkan ke North Korea, ada steam lokomotif yang kena tembak sampai 1000 bullets and pelbagai lagi. Kiranya main station untuk DMZ la.. 

Ok, the bridge of Freedom pon ada kat sini, dari Imjingak dah boleh nampak North Korea

Ticketing info for bus tour:

Price: 8700 won
Duration: 3 Hours tour
Document: passport compulsory
Bus frequency: every 30 mins
Last bus: 4:30-5:00 pm
Closed time: Monday and National Holiday

Nota: Station bus kat bawah bukit, sebelah tourist information centre.

2) Dora Observery

Apabila bas meluncur, maka perjalanan sebenar bermula. Mula-mula pergi ke Dora Observery. Sepanjang perjalanan pass by Unification Village (foreigner tidak dibenarkan masuk) and akan pass by Road Block. Setiap orang passport kena check. Just relax, sit in the bus!

Di Dora Observery ini korang boleh lihat North Korea yang dekat sangat. Pada sempadan periuk api. No worries, ada theater yang explain everything about the place.

Nota: Masa aku pergi kabus tebal sebab winter! Tak dapat tengok North secara dekat.. So the best time pergi time Autumn, Summer and Spring.

3) 3rd Infiltration Tunnel

Selepas itu korang akan bergerak ke 3rd Infiltration Tunnel. Ini salah sebuah tunnel dari banyak2 yang ditemui oleh South hasil dari North Korea korek untuk serang Seoul. Kedalaman tunnel lebih kurang 1200 meter ke bawah. Bila mahu turun kene pakai safety helmet. Tidak boleh bawa kamera atas arahan military. Lepas semput keluar dari tunnel, korang akan dihidangkan dengan video pasal kisah-kisah perang North-South. Special headphone untuk English version.

Nota: Untuk mak jemah yang semput, dinasihatkan lepak je atas bangku tu sebab turun tunnel boleh hilang 3kg!

4) Dorasan Station

Last Destination, pegi Dora Station. Ini train station untuk ke kawasan perindustrian North Korea. Ada askar-askar Korea guard kawasan ni.

Nota: Train boleh naik, tapi sila google bila schedule? and how to ride?.

Maka bermulalah perjalanan ke Imjingak. Di Imjingak, kalau sampai awal sebelum 5:00 pm, boleh mintak tolong Tourism Centre untuk call kan teksi. Kalau tak, kena pergi Taxi Stand sendiri, tempat taxi drop tadi.

Nota: Kalau taxi yang tunggu biasanya ada scam night charge. Tapi beza dia 250 Won je. Dan perjalanan tak jauh pun. No worries. Total dalam 7000 won sahaj. Beza 3000 won dari normal price. Tapi nak buat macamana, takder choice!

Additional info: Korang boleh ambil JSA tour. Yang ni leceh, sebab korang kena mohon dalam 5 hari sebelum visit. Certain country sahaja allowed to visit including Malaysia. Kalau tak approve, all fees burn! JSA tour tutup on Monday, Tuesday and National Holiday.

Credited to Mazlan Zonan for helping!!!


Sumber: FB Oren Katique

0 comments: