Pergi Maldives Kurang RM500 SAHAJA

Saya nak kongsi sedikit berkenaan trip and tips nak ke Maldives dengan total cost damage was less than RM500.

Cost flight saya, RM200 nett, naik Air Asia tak inaugural flight. Dan pergi berlima sahaja

Nasib kami baik, sebab dapat naik inanugural flight, jadi dapatlah merasa our plane kena simbah dengan air pili bomba, lepas tu ada persembahan tarian tradisional masyarakat Maldives. Dan pengalaman yang tak boleh dilupakan, dapat minum fresh coconut. Segar dari ladang!

Sampai di Airport, boleh take public ferry to Male (di sini main transportation dia feri. Feri kalau di Malaysia macam ERL).
Airport – Male 20 000 RP or 2 USD. Lebih baik  guna RP lagi murah.

Dari Male City Jetty-Male Main Jetty, naik cab, harga dia 40000 RP or 4USD kalau tak silap (harga per cab). Taxi ini boleh hantar ke jeti yang pergi ke North or South Atoll.

Bagi yang pergi ke South atoll, cadangan saya ambil Pulau Maafushi sebab orang dia lebih civilised. North atoll banyak yang Islamic aggressive sikit.

Dari jeti Male-Maafushi harga dalam 40000RP seorang atau 2USD. Boleh naik private ferry or government ferry. Cadangan lebih baik naik government ferry kerana private ferry angkut semua benda termasuk big fish dan kayu-kayuan.

Kepada sesiapa yang merancang nak honeymoon, lebih baik ambil private resort. Backpacker lagi jimat jika ambil public island seperti Maafushi. Untuk bilik saya cost dalam RM75 semalam untuk 3 hari 2 malam seorang. Jadi, jumlah kesemuanya dalam RM150 untuk 2 malam included tax. Saya ambil 3 star resort, Dhonveli View (bajet resort macam homestay style di Malaysia). All included breakfast tau


Untuk aktiviti pulak, jangan ambil dengan hotel sebab sangat mahal. Boleh ambil dengan company lain yang ada dalam pulau tersebut seperti ICOM. Satu bot untuk snorkelling USD40 untuk 5 orang. Jadi sorang USD 8 which is RM 26 include gear selama sejam. Maksimum 6 orang satu speed boat.

Kalau sunset at Naked Beach, USD20 untuk satu boat. Sunset paling indah yang pernah saya alami… Hehehehe


Kalau bab makan, no worries, halal punya... mee goreng, paling recommended. Nasi goreng pun ada.


Souvenir sangat mahal. Satu fridge magnet USD5. Boleh bargain kalau beli banyak dalam USD3. Tapi make sure tanya  harga dalam rufiya. Jangan perasan orang kaya beli dalam USD...Hahaha..

Lastly, kedai runcit boleh jadi currency converter. Haaaa kat kedai runcit juga ada jual ikan segar untuk dijadikan BBQ. Tak mahal sangat. Seafood semua ready to grill. Just beli tempurung sahaja…

Untuk traveller yang berminat untuk stay di Public Island seperti Maafushi, anda boleh enjoy beberapa benda yang local buat as in rest dalam buaian.

Disebabkan pulau, so belakang resort pun ada pantai juga. Here they are:





Sumber: FB Oren Katique

0 comments: